Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Tuesday, November 1, 2011

Gambar-Gambar Klinik









KLINIK TENPIN BOLING USPTN KEDAH 2011

Sempena cuti Depavali yang lepas, pihak USPTN Kedah telah mengadakan satu klinik tenpin boling telah diadakan bertempat di Ampang Superbowl, Sungai Petani. Atucara klinik sepeti dibawah;

10.00 am - Pelatih-pelatih USPTN Kedah dan pelatih Jemputan melaporkan diri
10.30 am - taklimat kepada para pelatih, guru pengiring dan ibubapa
10.45 am - Kelas teori
11.15 am - Latihan praktikal atas lorong
1.15 pm - Latihan tamat
1.15pm -2.00pm - Rahat /Makan Tengahari / Sembahyang / Rehat
2.15pm -3.00pm - Ujian Bertulis
3.15pm - Pertandingan Mini sebanyak 3 game
6.00pm - Pertandingan tamat
6.15pm - Acara pemyampaian Hadiah
6.30pm - Klinik tamat dan bersurai

Untuk makluman jemputan kali ini dihadiri oleh Kelab Boling SM Intergrasi Bukit Kayu Hitam seramai 15 pelatih.

Jumlah keseluruhan peserta yang terlibat kali ini seramai 40 pelatih. Klinik ini dikendalikan oleh JPM Helmy Sharudin dan dibantu oleh JSM Puan Azlin Shahar.

Pelatih menujukkan komitmen yang tinggi semasa klinik. Di jangka Kem boling akan datang bakal diadakan di Lumut pada pertengahan bulan Disember 2011 selama 4 hari 3 malam.

Jumpa lagi di kem akan datang
.








Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Saya serta keluarga ingin mengucapkan buat semua umat Islam terutama buat Pelatih-pelatih USTN Kedah di Sungai Petani dan Alor Star, Selamat Hari Raya Aidil Fitridan Maaf Zahir Batin. Semoga raya kali ini disambut dengan penuh kesyukuran, kemeriahan dan dengan penuh keinsafan.

SEKALI LAGI SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Wednesday, August 24, 2011

PENDAFTARAN SPORT EXCEL KUALA LUMPUR LEG 2011

Perhatian kepada semua pelatih-pelatih USPTN Kedah dan semua pemain remaja tenpin boling negeri Kedah, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut bolehlah masukkan Nama, No Pendaftaran Sport Excel dan noKad Pengenalan atau tarikh lahir di ruang 'COMMENTS' sebelum pukul 6.00 petang 28 Ogos 2011. Ini bagi melincinkan perjalanan pendaftaran bagi pertandingan tersebut.

Sekian, harapmaklum. Terima kasih.

LATIHAN BOLING

Perhatian kepada semua pelatih tenpin boling USPTN Kedah, latihan boling akan diadakan pada hari Khamis jam 9.00 mlm bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani.

Sekian harap maklum.

Sunday, July 10, 2011

PENDAFTARAN SPORT EXCEL JOHOR LEG 2011

Perhatian kepada semua pelatih-pelatih USPTN Kedah dan pemain-pemain remaja negeri Kedah, pertandingan tersebut bakal diadakan di Johor Bahru pada 22 hingga 24 Julai 2011. Kepada sesiapa yang berminat untuk memasuki pertandingan ini sila masukkan NAMA. TARIKH LAHIR, NO K/P dan NO DAFTAR diruangan 'Comments'.

Sila masukkan nama dan sebagainya selewat-lewatnya 11 Julai 2011 pukul 11.00 malam. Ini bagi memudahkan kerja saya untuk dihantar ke pihak yang berkenaan. Kersjasam anda sangatlah dihargai.

Terima kasih.

Saturday, July 9, 2011

SKUAD USPTN KEDAH CEMERLANG LAGI DI SPORT EXCEL PAHANG LEG 2011







Pada 1 hingga 3hb Julai 2011 telah diadakan Pertandingan Boling Sport Excel Pahang Leg 2011 bertempat di Megalanes Kuantan, Pahang. Pasukan USPTN Kedah telah menghantar peserta-peserta untuk menyertai pertandingan tersebut.

Skuad USPTN Kedah telah mencapai kejayaan yang cemerlang sekali lagi selepas Sport Excel Perak Leg 2011. Pada pertandingan kali ini, pelatih USPTN Kedah telah menjadi Johan bagi kategori Boys Graded dan Girls Graded.

Bagi kategori Boys Graded Ahmad Zulkarnain b. Ahmad Mazlan telah menjadi Johan. Ini merupakan kejayaan beliau yang ke dua selepas Perak Leg sebelum ini, dimana beliau turut menjadi Johan bagi kategori yang sama. Ini merupakan pencapaian yang cemerlang untuk beliau. Ahmad Nabil telah berjaya mendapat tempat ke 15 dengan purata jatuhan pin 182 (untuk 14 game).

Bagi kategori Girls Graded pula Nur Ameera Husna telah berjaya menjadi Johan. Beliau telah berjaya mempertahankan kedudukan tempat pertama dari pusingan pertama hingga ke acara Step Ladder. Tahniah diucapkan. Puetri Arfah Attilia pula telah menduduki tempat ke 4 setelah tewas dalam pertarungan untuk ke final dalam acara step ladder. Purata jatuhan pin beliau untuk 14 game adalah sebanyak 178 jatuhan pin. Nur Ain bt Mustaffa telah berjaya menduduki tempat ke 7 dan Nur Sabrina pula telah menduduki tempat ke 8.

Bagi Kategori Boys Open pula Adee Bahry telah berjaya menduduki tempat ke 15 dengan purata 183 jatuhan pin. Puteri Nurul Dini pula telah berjaya mendapat tempat ke 4 bagi kategori Girls Under 12.

Bagi yang telah berjaya sekali lagi diucapkan tahniah dan kepada yang kurang menjadi pada pertandingan tersebut, usaha dengan lebih gigih lagi. Jadikan kegagalan hari ini akan menjadi pendorong untuk kejayaan dimasa hadapan, insyaallah.

Semoga kita akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang di Sport Excel Leg J0hor 2011 yang bakal diadakan pada 22 hingga 24 Julai ini. Sekian, terima kasih.