Satu sesi pemilihan akan diadakan untuk pemain-pemain remaja bagi mewakili negeri Kedah ke pertandingan Antara Negeri bertempat di Megalanes, Sunway Pyramid pada bulan Januari 2010 nanti.
Pemilihan terbuka kepada semua pemain remaja Negeri Kedah ( kategori lelaki dan perempuan) lahir pada tahun 1989 atau selepas. Seramai 4 pemain Remaja Lelaki dan 4 pemain Remaja Perempuan akan dipilih bagi kejohanan tersebut.
Sesi pemilihan akan diadakan bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani, pada tarikh 28 Disember 2009. Pendaftaran jam 10.00 pagi ( daftar sekali dengan Evaluation ), yuran pertandingan pemilihan RM 50.00 (bermain sebanyak 8 game seorang). Permainan akan bermula sebaik tamat acara Evaluation tersebut.
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan En. Tengku Zahri (Presiden PTBK) atau En. Law (Timbalan Presiden PTBK).
Sekian, untuk makluman semua yang berminat.
Thursday, December 24, 2009
'EVALUATION' UNTUK PROGRAM TAHUN 2010
Untuk makluman kepada semua yang berminat.
Satu sesi pemilihan akan diadakan untuk Program Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah, Majlis Sukan Negara Malaysia tahun 2010.
Program tersebut akan di adakan pada 28 Disember 2009 bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani, Kedah. Pendaftaran pada jam 10.00 pagi. Bayaran yuran RM 10.00 akan dikenakan semasa pendaftaran.
Pakaian semasa pemilihan adalah yang bersesuaian. Seluar jeans dan baju tanpa lengan adalah dilarang. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program 2010 bolehlah menyertai sesi pemilihan tersebut pada tarikh, masa dan tempat seperti yang di atas.
Sekian, harap maklum.

Subscribe to:
Comments (Atom)