Venue : Ampang Superbowl, Sungai Petani
Tarikh : 25 April, 2011
Masa : 5.00 petang
Adalah di maklumkan bahawa satu perjumpaan bersama Persatuan Tenpin Boling Kedah, waris dan atlet sukan Tenpin Boling di bawah program USPTN Kedah akan di adakan seperti tersebut di atas. Perjumpaan ini adalah bertujuan memperjelaskan berkenaan perlaksanaan program 2011. Oleh yang demikian waris dan atlet adalah di wajibkan hadir. Senarai nama pelajar akan dimaklumkan melalui surat.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, April 20, 2011
Sunday, April 10, 2011
SELAMT BERJAYA KEPADA PEMAIN-PEMAIN MSSK KE MSSM
Kepada pemain MSSK , diucapkan selamat berjuang. Saya mendoakan kejayaan yang gemilang buat anak-anak didik saya yang terpilih ke MSSM di Melaka. Buatlah yang terbaik untuk diri anda, keluarga dan Negeri. Semoga kejayaan yang gemilang menjadi milik anda di sana. Di sini juga teacher(coach) Azlin juga mengucapkan selamat maju jaya.
Sekian.
Sekian.
Monday, April 4, 2011
PROGRAM BOLING DI OLE OLE SUPERBOWL SENTOSA ALOR STAR
Satu program pembangunan boling PTBK dengan kerjasama dari USPTN Kedah Majlis Sukan Negara, telah dibentuk hasil usaha kerja keras dari Presidem PTBK, Tengku Zahri bin Dato' Tengku Mahmood.
Program latihan ini akan dijalankan sebanyak 3 sesi seminggu, setiap sesi 2 jam. Ia akan di ketuai oleh jurulatit Helmy Sharudin dan dibantu oleh Puan Azlin Shahar, Tengku Afnan dan Tengku Zahri sendiri. Program ini terbuka bagi pelajar bawah 15 tahun sahaja.
Satu sesi pemilihan telah dijalankan pada jam 10.00pagi hari Jumaat yang lepas. Sambutan yang diterima sungguh diluar dugaan. Seramai 32 pemain telah dipilih untuk mengikuti program ini. Panel pemilihan terdiri dari En. Helmy, Tengku Zahri dan Puan Azlin. Hasil perbincangan senarai yang dipilih diumumkan selepas selesai sesi pemilihan. Satu penerangan ringkas oleh E. Helmy dan Tengku Zahri telah diberi kepada ibubapa serta pelatih yang terpilih.
Program ini akan dijalankan setiap hari Isnin dan Khamis 6.00 petang hingga 8.00 malam. Pada hari Jumaat jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Semosa program ini bakal melahirkan pemain-pemain yang bermutu serta bakal mewakili Kedah dan Malaysia dimasa hadapan.
Semoga menjadi JUARA DUNIA di satu hari nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)