Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Monday, July 5, 2010

SOALAN KUIZ UNTUK SEMUA PELATIH SIRI 1 /2010

Soalan 1

Apakah itu PAP?

Soalan 2.

Bagaimana mencari kedudukan PAP?

Soalan 3.

Apakah itu Axist Rotaion?

Soalan 4.

Apakah hubungan PAP dengan Axist Rotation?

Soalan ini ditujukan kepada semua pelatih program USPTN Kedah.

PINDAAN LATIHAN BOLING BERTARIKH 6 JUN 10 KE 7 JUN 10

Berhubung dengan perkara diatas Latihan boling pada tarikh 6 Jun 1020 ( Selasa ) akan di tukar ke tarikh 7 Jun 2010 ( Rabu ), masa latihan tidak berubah iaitu jam 8.30 malam.

Ini disebabkan pihak Ampang Superbowl Sungai Petani telah tersilap menerima tempahan pertandingan boling pada masa dan tarikh 6 Jun 2010 tersebut. Pihak Ampang Superbowl Sungai Petani telah meminta jasa baik pihak USPTN Kedah untuk meminda ke tarikh 7 Jun 2010. Pihak saya hanya di maklumkan perkara berkenaaan oleh pihak Ampang Superbowl Sungai Petani pada jam 1.25 ( 5 Jun 2010 ).

Segala kesulitan amat-amat dikesali. Pakaian Latihan bersamaan pakaian latihan hari Selasa.

Sekian untuk makluman dan tindakkan para ibubapa , jurulatih dan pelatih. Terima kasih.

Monday, June 7, 2010

JADUAL BOLING SUMMER CAMP SIRI 01 / 2010

Pakaian semasa melaporkan diri / pendaftaran - Seluar Cream / Baju Hitam

Masa Pendaftaran Jam 9.30 pagi di Superiorlane Jitra.


Setiap pelatih diwajibkan membawa semua baju baru dan lama. Sealin dari itu pelatih juga dikehendaki membawa pakaian sukan ( cth : seluar dan kasut jogging, Pakaian asas, Keperluan asas dan lain-lain keperluan). Pelatih tidak digalakkan memakai barang kemas dan berharga. Ini bagi mengelak dari perkara-perkara yang tidak diingini.

jumpa di tempat lapor diri / pendaftaran

Friday, June 4, 2010

BOWLING SUMMER CAMP SIRI 01/2010

Untuk makluman semua, seperti yang dijanjikan Bowling Summer Camp Siri 01/2010 akan diadakan pada tarikh 7 - 9 Jun 2010 bertempat di Superiorlane Jitra.

Camp ini dijalankan bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dan setia kawan. Latihan boling secara teori dan praktikal akan dilaksanakan secara intensif semasa camp ini berlangsung. Selain dari boling juga dimuatkan dengan latihan ketahan mental, latihan jasmani dan stamina, kaedah persediaan latihan dan pemakanan sebelum / semasa / selepas pertandingan dan kelas bahasa inggeris serta riadah.

Disamping itu pelatih Camp ini juga akan ditunjukkan kaedah permainan yang dimainkan oleh pemain-pemain profesional. Semoga dengan pendedahan ini pelatih mendapat gambaran yang lebih jelas tentang teknik-teknik yang dimainkan.

Jadual lengkap akan dimaklumkan nanti di dalam blog ini.

Sekian, jumpa lagi di Bowling Summer Camp Siri 01/2010.

JEMPUTAN USPTN KEDAH 2010 / 01

Pertandingan tersebut telah berjalan dengan lancar. Ini merupakan kayu pengukur prestasi kali pertama bagi sesi 2010. Selepas ini pertandingan yang serupa akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi melihat perkembangan skill pelatih-pelatih yang telah di ajar.
Bagi Kategori Bawah 16 tahun Lelaki telah dimenangi oleh Alif Imran b. Alif Din manakala bagi kategori bawah 16 tahun perempuan pula dimenangi oleh Sabrina bt. Rozaidi.

Dapat dilihat semasa pertandingan ini berlangsung para pelatih telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi skill, tetapi kelemahan yang paling ketara adalah dari segi ketahanan psikologi. Pelatih tidak dapat mengawal tekanan semasa pertandingan. Pelatih juga masih kurang dari segi 'Game Play management'. Perkara ini akan cuba diatasi seberapa segera yang boleh semasa berlangsungnya ' Bowling Summer Camp Siri 01/2010' nanti.

Kepada para pemenang diucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya, teruskan usaha anda. Kejayaan pasti memihak kepada mereka yang tidak pernah jemu berusaha dan berdoa, insyaallah.

Saturday, May 22, 2010

Generasi Baru USPTN Kedah 2010

Generasi baru USPTN Kedah 2010 kini kembali dengan imej yang baru. Wajah ini bakal mewarnai sukan tenpin boling di Malaysia. Semoga di tahun 2010 ini pasukan ini akan lebih mencerminkan budaya bersukan yang bersih dari segi luaran dan dalaman.

Kini pasukan ini akan lebih bersemangat untuk mengorak langkah kehadapan tanpa menoleh kebelakang bagi merealisasi kejayaan yang diharapkan oleh para ibubapa dan USPTNK, Majlis Sukan Negara Malaysia. Pelatih-pelatih ini akan diasuh dan dilatih dengan skil kemahiran asas dan lanjutan yang terkini berlandaskan perkembangan teknologi sukan itu sendiri. Sukan boling didunia sekarang ini berkembang dengan pesat sekali baik dari segi kemahiran dan peralatan. Sekarang ini faktor sains dalam sukan memainkan peranan yang teramat penting bagi menaikkan prestasi atlet. Jurulatih-jurulatih dalam progran USPTN, MSNM ini didedahkan dan diperkemaskinikan ilmu dalam bidang kejurulatihan tenpin boling dan sains sukan bagi mengikut perkembangan zaman dan sukan itu sendiri di era moden dan serba canggih ini.

Dengan yang demikian atlet itu sendiri didedahkan dengan teknik-teknik yang terkini yang boleh membantu meningkatkan prestasi setiap atlet. Kecermerlangan yang berterusan menjadi agenda utama kita. Setiap atlet akan diajar dengan asas teknik boling yang kukuh sebagai landasan untuk mencapai kejayaan menjadi juara dunia. Tanpa asas dan teknik yang betul diperingkat awalan akan menyebabkan kita akan dibuai dengan kejayaan yang berbentuk sementara. Kita berkehendakkan satu hari nanti atlet kita mampu membuat jatuhan pin sempurna dalam permainan.

Tidak ada jalan mudah dan singkat bagi mencapai kejayaan tersebut. Jadi ayuhlah atlet-atlet Generasi Baru USPTNK, MSNM tahun 2010, kita mengorak langkah kearah merealisasikan kejayaan yang diharapkan.

KEJAYAAN ANDA MENJADI KEUTAMAAN KAMI.

Friday, May 21, 2010

PERTANDINGAN BOLING JEMPUTAN TERTUTUP USPTN KEDAH

Untuk makluman kepada semua pelatih-pelatih yang masih bersama-sama dengan program latihan USPTN Kedah dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Turut di jemput Kelab Boling SK Ibrahim Sungai Petani, Kelab Boling SK Iskandar Alor Star, Pelajar-pelajar dari PPD Langkawi, SM Jitra dan pelatih-pelatih dibawah Ustaz Nadzir (Kota Setar). Hanya mereka yang tersenarai dan dijemput sahaja yang layak untuk menyertai pertandingan ini.

Pertandingan tersebut akan diadakan bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani. Pendaftaran peserta jam 2.30 petang.

Sekian untuk makluman dan perhatian kepada semua yang terlibat.