Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Tuesday, December 23, 2008

LATIHAN BOLING BERSAMBUNG PADA JANUARI 2009

Untuk makluman kepada semua pelatih dan ibubapa program, latihan boling akan bersambung semula pada bulan Januari 2009. Tarikh akan diberitahu kelak.
 
Sebarang pindaan tarikh dan masa latihan akan dimaklumkan melalui laman blog ini.
 
Sekian untuk perhatian dan makluman semua pelatih program.

Saturday, December 20, 2008

SCORE SHEET

Perhatian kepada semua pelatih program USPTN dikehendaki download fail ini.

Wednesday, December 17, 2008

LAPORAN TERKINI PENANG PESTA INTERNATIONAL OPEN 2008

Penang Pesta sedang berlangsung di Megalanes Prai. Setakat jam 1.00 tengahari Ahmad Muaz berada tempat ke 4 - 841 ( Boys Under 16 ) dan ke 12 - 808 ( Boys Open ). Nur Fadeena Aznel pula di tempat pertama - 791 ( Ladies Graded ) dan tempat ke 4 - 781 ( Girls Under 16 ).
 
Tengku Ariff Mahmood telah melakukan jatuhan pin sebanyak 920 untuk kategori 'Mens Graded' pada MQ terakhir malam 16 Disember 2008. Para peserta Kedah lain yang telah melakukan MQ dan masih mencuba bagi menempatkan diri ke Final Master antaranya Tengku Aimi Laily, Low Wooi Kit, Mohd Arman Kamal dan Adee Bahry. Didoakan agar mereka layak ke acara Master kelak. Selamat Berjaya!
 
Untuk makluman semua acara Master Final kategori bawah 16 tahun akan diadakan pada 18 Disember 2008 jam 10.00 pagi. Diharap kepada penyokong-penyokong tenpin boling Kedah dapat hadir untuk memberi sokongan moral kepada pemain-pemain Kedah yang terlibat.
 
Kepada pemain-pemain Kedah yang terlibat Selamat Maju Jaya, moga mencapai kejayaan yang gemilang. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka yang terlibat, insyaallah.

Monday, December 15, 2008

PINDAAN MASA LATIHAN HARI SELASA

Masa Latihan hari Selasa akan di pinda dari pukul 10.30 pagi ke 5.30 petang, harap maklum. Ini disebabkan pihak Ampang Superbowl akan dibuka semula jam 4.00 petang hari tersebut kerana Annual Dinner.

PERTANDINGAN BAWAH 20 TAHUN LELAKI DAN WANITA DI KEDAH BOWL

Satu pertandingan telah diadakan bertempat di Kedah Bowl, Alor Star pada 12 dan 13 Disember yang lepas.
 
Pada 12 Disember, adalah bagi kategori perempuan bawah 20 tahun. Acara ini dimenangi oleh Fatin Hazwani, tempat Ke 2 Nur Fadeena dan tempat Ke 3 merupakan Maisarah Rozali. Pencapaian atlet USPTN Kedah amat membanggakan di mana Nur Fadeena merupakan salah seorang pelatih USPTN Kedah. Beliau baru berumur 14 tahun. Ini merupakan satu kebanggaan bagi program ini. Pada Terbuka Pahang yang lepas beliau telah mendapat tempat ke 5 bagi Kategori Ladies di mana ramai pemain-pemain handalan terlibat, tahniah.Pencapaian pelatih-pelatih lain juga membanggakan. Boleh dikatakan acara ini di dominasi oleh pelatih program. Tahniah bagi mereka yang mengambil bahagian.
 
Pada 13 Disember, bagi kategori lelaki bawah 20 tahun. Acara ini telah dimenangi oleh Muhamad Amirul bin Che Amat, tempat ke 2 Ahmad Muaz Fishol dan tempat ke 3 Low Wooi Hoon. Muhamad Amirul (14 tahun) dan Ahmad Muaz(15 tahun) merupakan pelatih program ini. Acara ini berlangsung dengan sengit kerana Johan dan Naib Johan hanya dipisahkan dengan beberapa pin sahaja dan telah mengalahkan pemain yang lebih senior. Ini merupakan satu perkembangan yang sihat untuk kemajuan pelatih dan program. Amirul merupakan atlet yang sedang meningkat naik di mana tahun ini beliau telah memenangi beberapa Leg dalam pertandingan Sport Excel Leg dan Piala Remaja Penang Leg. Ahmad Muaz pula merupakan pemain SUKMA Kedah di Terengganu yang lepas. Tahniah bagi kedua-dua pemain. Pencapaian atlet-atlet lain juga amat memberansangkan. Tahniah sekali lagi bagi mereka yang terlibat dan menyertai pertandingan ini.
 
Minggu ini sedang berlangsungnya Pertandingan Boling Penang Pesta. Beberapa pelatih program akan menyertai pertandingan ini. Selamat maju jaya bagi mereka.
 

PEMBUKAAN LAMAN BLOG BARU UNTUK BOWLING USPTN KEDAH

Satu lagi kemajuan dalam bidang konunikasi dimana Lama Blog BOWLING USPTN KEDAH telah dilancarkan atas daya usaha Jurulatih Sepenuh Masa Kedah, Encik Helmy Sharudin bin Che Ya.
 
Laman ini bertujuan bagi memudahkan perhubungan sesama pelatih dan juga jurulatih yang terlibat. Setiap perkembangan akan dimaklumkan melalui laman ini. Laman ini boleh dilayari di alamat http://bowlingusptnkedah.blogspot.com.
 
Laman ini akan di kemaskini dan di tingkatkan kandungannya dari semasa ke semasa.Sebarang berita dan perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui Laman. Ini bagi memudahkan perhubungan antara pelatih dan Jurulatih. Laman ini juga kan dimuatkan dengan nota-nota latihan dan berita semasa perkembangan bowling Malaysia dan juga dunia.
 
Melalui Laman ini juga pelatih dapat berhubung secara terus sesama sendiri. Ia juga boleh dimanfaatkan oleh para ibubapa dan peminat boling bagi menapatkan 'TIP-TIP' teknik permainan bowling yang terkini.
 
Diharap Laman ini dfapat menambahkan ilmu dan memudahkan perhubungan sesama kita.

LATIHAN BOWLING USPTN KEDAH - Sg. Petani

Berhubung dengan tajuk di atas Latihan bowling akan di adakan bagi pelatih-pelatih USPTN Kedah pada hari Selasa (16 Dis 08) dan Rabu (17 Dis 08) bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani, jam 10.30 pagi. Bayaran lorong akan dikenakan sebanyak RM 15.00 seorang.Latihan akan dijalankan selama 2 jam. Pakaian seluar Hitam + baju Merah (Selasa) dan seluar Krim + baju Belang (Rabu).
 
Kedatangan pelatih-pelatih sangat-sangat dialu-alukan.
 
Sekian, harap maklum.