Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Wednesday, December 17, 2008

LAPORAN TERKINI PENANG PESTA INTERNATIONAL OPEN 2008

Penang Pesta sedang berlangsung di Megalanes Prai. Setakat jam 1.00 tengahari Ahmad Muaz berada tempat ke 4 - 841 ( Boys Under 16 ) dan ke 12 - 808 ( Boys Open ). Nur Fadeena Aznel pula di tempat pertama - 791 ( Ladies Graded ) dan tempat ke 4 - 781 ( Girls Under 16 ).
 
Tengku Ariff Mahmood telah melakukan jatuhan pin sebanyak 920 untuk kategori 'Mens Graded' pada MQ terakhir malam 16 Disember 2008. Para peserta Kedah lain yang telah melakukan MQ dan masih mencuba bagi menempatkan diri ke Final Master antaranya Tengku Aimi Laily, Low Wooi Kit, Mohd Arman Kamal dan Adee Bahry. Didoakan agar mereka layak ke acara Master kelak. Selamat Berjaya!
 
Untuk makluman semua acara Master Final kategori bawah 16 tahun akan diadakan pada 18 Disember 2008 jam 10.00 pagi. Diharap kepada penyokong-penyokong tenpin boling Kedah dapat hadir untuk memberi sokongan moral kepada pemain-pemain Kedah yang terlibat.
 
Kepada pemain-pemain Kedah yang terlibat Selamat Maju Jaya, moga mencapai kejayaan yang gemilang. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka yang terlibat, insyaallah.

No comments:

Post a Comment