Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Tuesday, February 24, 2009

BORANG PENDAFTARAN SPORT EXCEL 2009

Sila muat turun borang pendaftaran tersebut. Kembalikan kepada alamat helmysharudin@gmail.com atau hantar kepada mereka yang berkenaan.
 
Sekian, harap maklum.

PENDAFTARAN NAMA PERAK SPORT EXCEL LEG 2009

Berhubung dengan perkara diatas, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Pertandingan Boling Sport Excel Perak Leg 2009 boleh memberi nama kepada En. Helmy Sharudin, En Akmal SDO Boling USPTN Kedah atau Wakil PTBK.
 
Senarai nama mestilah beserta dengan borang. Borang boleh dimuat turun dari Lampiran ini.
 
Sekian harap maklum.

LATIHAN MINGGUAN

Satu latihan akan diadakan pada hari Rabu 25 Feb jam 6.00 petang bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani. Bayaran Lane akan dikenakan seperti biasa. Kedatangan tak diwajibkan.
 
Harap maklum.

Monday, February 23, 2009

1st Superior Lane Monthly Single 2009

Sila rujuk Lampiran.

LATIHAN MINGGUAN

Kepada seaiapa yang berminat latihan akan diadakan pada hari Isnin, 23 Feb bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani jam 5.30 petang.
 
Sekian harap maklum.

Wednesday, February 18, 2009

PROGRAM PENILAIAN PRESTASI DAN PEMILIHAN PROGRAM USPTN KEDAH 2009

Program tersebut telah berjalan dengan lancar dan jayanya pada 11 Februari yang lepas. Seramai 61 pelatih telah mengambil bahagian pada pemilihan tersebut.
 
Wakil dari Majlis Sukan Negara dan MTBC En. Allan Lee, En. Fong Tat Meng dan En. Jackson Ting telah sudi hadir untuk pemilihan tersebut. Wakil dari persatuan, Tuan Presiden sendiri iaitu YM Tengku Zahri bin Dato' Tengku Mahmood dan Ketua Unit USPTN Kedah serta pegawai-pegawainya telah sudi hadir pada acara tersebut.
 
Satu perbincangan ringkas telah diadakan antara pihak Persatuan, wakil MTBC, Ketua Unit USPTN Kedah dan Jurulatih telah diadakan. Senarai yang telah dipilih belum di maklumkan lagi oleh pihak yang membuat pernilaian. Mereka akan memaklumkan kemudian kepada pihak Persatuan dan USPTN Kedah kemudian. Semoga pihak ibubapa dan bakal pelatih Program 2009 di minta bersabar.
 
Seperti yang sedia maklum keputusan akan dimaklukan nanti. Sekali diucapkan terima kasih pada ibubapa dan pelatih yang relah menjayakan program ini.
 
Sekian.

LATIHAN PROGRAM UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI KEDAH 2009

Untuk makluman semua, program USPTN akan bermula pada bulan Mac 2009.Tempoh latihan mengikut dari penerangan akan berjalan selama aepuluh bulan. Senarai nama pelatih program yang terpilih akan dimaklumkan di blog ini dan juga melalui surat yang akan dihantar di alamat sekolah dan rumah.
 
Pelatih-pelatih program yang dipilih diminta bersedia dari segi fizikal dan mental. Latihan akan dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang berkelayakan dan berpengalaman. Tempat latihan akan dimaklumkan kemudian. Satu perjumpaan ibubapa dan penjaga  pelatih yang terpilih akan diadakan dan akan dihadiri oleh Presiden Persatuan Tenpin Boling Kedah, Ketua Unit USPTN Kedah, Pegawai Sukan (boling) USPTN Kedah dan Jurulatih-Jurulatih. Tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian.
 
Hari dan masa latihan akan di beritahu oleh Tuan Presiden PTBK semasa mesyuarat nanti. Semoga kita semua dapat mengatur masa untuk kebaikan bersama.

Tuesday, February 17, 2009

JADUAL DAN SENARAI NAMA SPORT EXCEL PENANG LEG 2009

Berikut adalah jadual dan senarai nama untuk Sport Excel Penang Leg 2009.
Kepada sesiapa yang masih berminat ila hubungi En. Helmy atau Pn. Aziah ( Setiausaha kehormat PTBK ).
 
Sila beri nama secepat mungkin. Tertakluk kepada keputusan Penganjur (MTBC)

SENARAI NAMA PEMAIN KEDAH KE SPORT EXCEL 2009 - PENANG LEG.

Berikut adalah senarai nama untuk Sport Excel Penang Leg. Sesiapa yang masih berminat sila beri nama kepada En. Helmy atau Pn. Aziah dengan kadar segera.

Friday, February 6, 2009

EVALUATION UNTUK PROGRAM 2009 (ULANGAN)

Untuk makluman semua sekali lagi diperingatkan, Evaluation ( Pemilihan ) untuk pelatih program 2009 akan diadakan pada 11 Februari 2009 bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani. Pendaftaran Jam 4.00 petang.
 
Sila hebahkan kepada semua pelatih-pelatih program tahun 2008, 2007 dan kepada sesiapa pelajar yang berminat. Had penyertaan umur sehingga 21 tahun.
 
Sekian harap maklum.