Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Wednesday, February 18, 2009

LATIHAN PROGRAM UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI KEDAH 2009

Untuk makluman semua, program USPTN akan bermula pada bulan Mac 2009.Tempoh latihan mengikut dari penerangan akan berjalan selama aepuluh bulan. Senarai nama pelatih program yang terpilih akan dimaklumkan di blog ini dan juga melalui surat yang akan dihantar di alamat sekolah dan rumah.
 
Pelatih-pelatih program yang dipilih diminta bersedia dari segi fizikal dan mental. Latihan akan dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang berkelayakan dan berpengalaman. Tempat latihan akan dimaklumkan kemudian. Satu perjumpaan ibubapa dan penjaga  pelatih yang terpilih akan diadakan dan akan dihadiri oleh Presiden Persatuan Tenpin Boling Kedah, Ketua Unit USPTN Kedah, Pegawai Sukan (boling) USPTN Kedah dan Jurulatih-Jurulatih. Tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian.
 
Hari dan masa latihan akan di beritahu oleh Tuan Presiden PTBK semasa mesyuarat nanti. Semoga kita semua dapat mengatur masa untuk kebaikan bersama.

No comments:

Post a Comment