Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Tuesday, April 14, 2009

Fwd: SPORT EXCEL KUALA LUMPUR LEG 2009

Nur Syafiqah Ramli dari USPTN Kedah sekali lagi menjadi Johan kategori 'GIRLS GRADED' di Pertandingan tenpin boling 'Sport Excel Kuala Lumpur Leg 2009'.
 
Sebelum ini Nur Syafiqah Ramli telah menjadi Johan di Sport Excel Perak Leg 2009. Ini merupakan kejayaan kedua berturut-turut yang dimenangi oleh beliau untuk tahun ini.Kami warga USPTN Kedah mengucapkan tahniah kepada beliau serta keluarga.Semoga ini menjadi batu loncatan kepada beliau untuk lebih berjaya dimasa hadapan.
 
Bagi kategori 'Boys Open', Mohammad Amirul Che Amat telah berjaya mendapat tempat ke 13 di Pusingan ke 2. Walau bagaimanapun hanya senarai 8 teratas sahaja layak untuk ke pusingan akhir.
 
Kategori 'Girls Open' pula, Tengku Aimi Laily bt. Tengku Zahri telah berjaya mendapat tempat ke 6. Tahniah juga untuk beliau. Bagi kategori Boys Graded pula, Low Wooi Hoon, Adee Bahry dan Ahmad Nabil telah layak ke pusingan ke 2.
 
Semoga dipusingan seterusnya di Kuantan , Pahang nanti ( 1 hingga 4 Mei 2009 ) pemain Kedah mampu menunjukkan prestasi yang lebih baik, insyaallah.
 
Bagi mereka yang berjaya sekali diucapkan tahniah.
 


No comments:

Post a Comment