Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Thursday, August 27, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDHAN DAN SELAMAT BERPUASA

Sudah lama blog ini menyepi, maaf dipinta ini disebabkan kesibukan tugas harian. Bagaimana dengan perkembangan permainan sekelian? Diharap semua sudah bertambah maju dan jangan lupa masih banyak lagi perkara yang harus dipelajari. Jangan cepat berpuashati dengan apa yang kita telah ada.
Sempena bulan Ramadhan ini saya berserta keluarga mengucapkan Selamat Berpuasa dan Beramal. Semoga amalan kita diberkati. di bulan puasa ini menuntut kita lebih kesabaran untuk lebih maju kehadapan, insyaallah.
Kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki UPSR tahun ini saya serta keluarga mengucapkan selamat berjaya, semoga dapat menjawap peperiksaan dengan tenang.
Selama kita menyepi telah banyak kejayaan telah dicapai oleh pelatih-pelatih USPTN Kedah, antaranya kejayaan Nor Ain Mustaffa menjadi Johan kategori Bawah 12 tahun di Grand Final Sport Excel yang lepas, tahniah diucapkan. Tidak lupa juga buat Ahmad Muaz Mohd Fishol yang telah menduduki tempat ke 2 di pertandingan yang sama bagi kategori 'Boys Open', tahniah. Beliau bagaimana pun telah menunjukan peningkatan yang cemerlang sepanjang Pertandingan Sport Excel 2009 tahun ini, tahniah sekali lagi. Semoga mereka akan lebih berjaya dimasa hadapan.
Sekian dulu buat kali ini, jumpa lagi di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment