Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Saturday, July 9, 2011

SKUAD USPTN KEDAH CEMERLANG LAGI DI SPORT EXCEL PAHANG LEG 2011







Pada 1 hingga 3hb Julai 2011 telah diadakan Pertandingan Boling Sport Excel Pahang Leg 2011 bertempat di Megalanes Kuantan, Pahang. Pasukan USPTN Kedah telah menghantar peserta-peserta untuk menyertai pertandingan tersebut.

Skuad USPTN Kedah telah mencapai kejayaan yang cemerlang sekali lagi selepas Sport Excel Perak Leg 2011. Pada pertandingan kali ini, pelatih USPTN Kedah telah menjadi Johan bagi kategori Boys Graded dan Girls Graded.

Bagi kategori Boys Graded Ahmad Zulkarnain b. Ahmad Mazlan telah menjadi Johan. Ini merupakan kejayaan beliau yang ke dua selepas Perak Leg sebelum ini, dimana beliau turut menjadi Johan bagi kategori yang sama. Ini merupakan pencapaian yang cemerlang untuk beliau. Ahmad Nabil telah berjaya mendapat tempat ke 15 dengan purata jatuhan pin 182 (untuk 14 game).

Bagi kategori Girls Graded pula Nur Ameera Husna telah berjaya menjadi Johan. Beliau telah berjaya mempertahankan kedudukan tempat pertama dari pusingan pertama hingga ke acara Step Ladder. Tahniah diucapkan. Puetri Arfah Attilia pula telah menduduki tempat ke 4 setelah tewas dalam pertarungan untuk ke final dalam acara step ladder. Purata jatuhan pin beliau untuk 14 game adalah sebanyak 178 jatuhan pin. Nur Ain bt Mustaffa telah berjaya menduduki tempat ke 7 dan Nur Sabrina pula telah menduduki tempat ke 8.

Bagi Kategori Boys Open pula Adee Bahry telah berjaya menduduki tempat ke 15 dengan purata 183 jatuhan pin. Puteri Nurul Dini pula telah berjaya mendapat tempat ke 4 bagi kategori Girls Under 12.

Bagi yang telah berjaya sekali lagi diucapkan tahniah dan kepada yang kurang menjadi pada pertandingan tersebut, usaha dengan lebih gigih lagi. Jadikan kegagalan hari ini akan menjadi pendorong untuk kejayaan dimasa hadapan, insyaallah.

Semoga kita akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang di Sport Excel Leg J0hor 2011 yang bakal diadakan pada 22 hingga 24 Julai ini. Sekian, terima kasih.

1 comment: