Selamat kembali didalam blog ini. Maaf kerana lama tidak mengemaskini blog ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelatih-pelatih baru. Kepada ibubapa yang masih menaruh kepercayaan dan sokongan kepada saya bagi melatih anak-anak tuan tuan dan puan-puan diucapkan ribuan terima kasih. Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan para ibubapa ini, tahniah untuk kepada semua para ibubapa yang turut sama menjayakan program ini.
Mungkin tidak lewat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru kepada semua yang terlibat. Tanpa mereka ini siapalah kita. Sesungguhnya ilmu dan jasa yang telah mereka curahkan kepada kita semua memang tidak dapat kita balas, hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Sesungguhnya tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang lagi pemurah. setiap apa yang kita lakukan baik yang baik atau pun yang buruk pasti mendapat balasan dan ganjarannya samada di dunia atau di akhirat kelak.
Saya di sini sebagai jurulatih merasakan perlunya kita bekerjasama bagi menjayakan program yang telah dirancang bagi tahun ini. Walaupun agak terlewat saya mengutarakan isu ini, tapi saya rasa kita belum terlewat untuk menjayakannya.
Sekali lagi saya ucapkan SELAMAT DATANG ke Latihan boling USPTN Kedah sesi 2010.
Kejayaan anda adalah keutamaan kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment