Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Wednesday, December 22, 2010

VIDEO KEM BOLING DI LANGKAWI

VIDEO KEM BOLING DI LANGKAWI

VIDEO KEM BOLING DI LANGKAWI

VIDEO KEM BOLING DI LANGKAWI

GAMBAR KEM DI LANGKAWI - LAWATAN





SAMBUNGAN GAMBAR KEM DI LANGKAWI





Tuesday, December 21, 2010

GAMBAR KEM BOLING DI LANGKAWI




KEM BOLING USPTN KEDAH DI LANGKAWI

Selamat kembali beristirehat kepada semua pelatih-pelatih USPTN Kedah yang terlibat dengan kem bowling di Langkawi kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua atas usaha keras, komitmen dan displin yang tinggi semasa kem tersebut. Semoga kem ini memberi banyak manafaat yang berguna dengan ilmu-ilmu boling yang diterima semasa di kem ini.

Saya yang terlibat secara langsung dalam kem ini amat berharap agar semua pelatih yang terlibat dapat mempertajamkan lagi teknik permainan boling masing-masing. Semoga dengan usaha keras yang berterusan tanpa mengenal erti jemu dan kalah dari pelatih yang terlibat bakal membuahkan kejayaan yang cemerlang di masa hadapan.

Semoga kita dapat berjumpa lagi di kem latihan boling yang lain di masa dan tempat. Selamat maju jaya dalam sukan boling yang diceburi.

TAHNIAH SEMUA YANG TERLIBAT!

Selangkah hari ini bakal menjadi seribu langkah dimasa hadapan.

Sunday, December 19, 2010

KEM BOLING USPTN KEDAH DI LANGKAWI

Selamat malam semoga esok bagun dengan jiwa serta hati yang tenang dan penuh keberkatan. Semoga perjalanan kita ini diberkati, amin.

Jumpa semua esok pagi di Jeti Kuala Perlis, jam 9.00 pagi. Pastikan membawa pakaian dan peralatan yang sepatutnya serta lengkap.

NOTA BOLING JANGAN LUPA!

Friday, December 17, 2010

PERSEDIAN KE KEM DI LANGKAWI

Kepada semua pelatih yang terlibat, sila pastikan anda membawa pakaian latihan USPTN Kedah baru serta baju Hitam dan Merah yang lama.

Lain-lain keperluan pakaian untuk bersukan ( cth : seluar track, baju t dll), pakaian untuk beriadah, pakaian tidur dan lain-lain pakaian yang secukupnya.

Keperluan asas untuk individu.

Buku-buku Nota dan alatulis. Sila pastikan membawa nota yang diberi semasa kem yang Pertama di Jitra.

Sekian untuk makluman semua yang terlibat, terima kasih.

KEM BOLING USPTN KEDAH DI LANGKAWI

Salam kepada semua ibubapa dan pelatih USPTN Kedah. Bagi mereka yang terlibat dengan kem ini di bawah ini disertakan Jadual perjalanan dan Jadual semasa di Langkawi.

19 Disember 2010

9.00 pagi - Berkumpul di Jeti Kuala Perlis
Pakaian pelatih semasa berkumpul ( Seluar Hitam / Baju Merah )

10.00 pagi - Bot di jangka bertolak dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi

11.00 pagi - Di jangka sampai di Jeti Kuah, Langkawi.

11.30 tgh - Taklimat di ikuti Latihan boling di Ampang Superbowl Langkawi.

2.30 ptg - Bertolak ke Hotel Akasia Kuah, Langkawi.

3.00 ptg - Check-in bilik di ikuti dengan aktiviti bebas.

4.00 ptg - Kelas Teori Asas dan Lanjutan boling.
a) 3 point target system
b) Lane play
c) Sparing system

5.45 ptg - Aktiviti Riadah

7.30 mlm - Makan malam ( Nasi Gulai Panas )

9.00 mlm - Kelas persediaan mental sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

11.00 mlm - Tidur.


20 DISEMBER 2010

7.00 pagi - Sarapan / Senaman pagi.

9.30 pagi bertolak ke Ampang Superbowl Langkawi. ( Pakaian - Seluar Cream / Baju Hitam )

10.00 pagi - Latihan Boling
a) 3 point target system
b) Lane play
c) Sparing system

12.30 tgh - Makan Tengahari

1.30 ptg - Aktiviti Kumpulan serta Lawatan ke tempat bersejarah dan menarik di Langkawi.

6.30 ptg - Makan Malam - Seafood

8.00 mlm - Kelas Pemakanan dalam sukan dan analisa video setiap pemain.

11.00 mlm - Tidur.


21 DISEMBER 2010

7.00 pagi - Sarapan dan senaman pagi.

9.30 pagi - Aktiviti berkumpulan

12.00 tgh - Check-out Hotel

1.00 ptg - Makan Tengahari

2.00 ptg - Mini Tournament ( Pakaian - Seluar Hitam / Baju Kelabu )

5.30 ptg - Bot di jangka bertolak dari Jeti Kuah, Langkawi ke Jeti Kuala Perlis.

7.00 mlm - Bersurai.

Tuesday, December 14, 2010

GAMBAR LATIHAN MEMANASKAN BADAN


Gambar Latihan memanaskan badan dalam sesi latihan USPTN Kedah.

Mesyuarat Kem Bowling di Langkawi

Perhatian kepada ibubapa dan pelatih, satu mesyuarat dan taklimat ringkas berkaitan Kem Bowling di Langkawi pada 18 Disember ini akan diadakan selepas tamat latihan bowling pagi Khamis ini.

Mohon kerjasama dan perhatian bagi ibubapa dan pelatih yang terlibat.

Terima kasih.

LATIHAN SELASA - 14 DIS 2010

Untuk makluman semua pelatih-pelatih latihan pada malam Selasa (14 Dis 2010) dibatalkan dan Latihan hari Khamis bertukar ke sebelah pagi jam 10.30 pagi.

Sila ambil perhatian kepada semua, dan mohon hebahkankan kepada rakan-rakan yang lain.

Weber University Article

Kepada semua pelatih-pelatih yang masih setia bersama USPTN Kedah di ucapkan syabas dan tahniah. Untuk makluman semua disertakan artikel yang saya rasakan amat berguna untuk semua pelatih dan para ibubapa diluar sana.

Sekiranya mempunyai waktu bacalah artikel di alamat di bawah ini. Sungguh menarik bagi saya. Disinilah antara tempat yang saya pergi berguru bersama-sama dengan coach Faizi semasa kami pergi ke USA untuk mencari ilmu.

Selamat membaca.

http://www.bowlingknowledge.info/images/stories/wiu_kegel_build_championship_teams_bji.pdf