Selamat kembali beristirehat kepada semua pelatih-pelatih USPTN Kedah yang terlibat dengan kem bowling di Langkawi kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua atas usaha keras, komitmen dan displin yang tinggi semasa kem tersebut. Semoga kem ini memberi banyak manafaat yang berguna dengan ilmu-ilmu boling yang diterima semasa di kem ini.
Saya yang terlibat secara langsung dalam kem ini amat berharap agar semua pelatih yang terlibat dapat mempertajamkan lagi teknik permainan boling masing-masing. Semoga dengan usaha keras yang berterusan tanpa mengenal erti jemu dan kalah dari pelatih yang terlibat bakal membuahkan kejayaan yang cemerlang di masa hadapan.
Semoga kita dapat berjumpa lagi di kem latihan boling yang lain di masa dan tempat. Selamat maju jaya dalam sukan boling yang diceburi.
TAHNIAH SEMUA YANG TERLIBAT!
Selangkah hari ini bakal menjadi seribu langkah dimasa hadapan.
Tuesday, December 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment