Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Friday, January 28, 2011

LATIHAN BOLING JUMAAT ( 28 JAN 11 )

Latihan boling akan berjalan seperti biasa pada Jumaat ( 28 Jan 2011 ) jam 8.30mlm. Seluar Hitam dan baju Merah.

Kepada semua pelatih ini merupakan soalan kuiz :-

1. Terangkan '3 Target System'.
2. Apa yang dimaksudkan dengan Exit Point.

Di harap semua pelatih telah bersedia dengan jawapan pada sesi latihan hari Jumaat ini.

Friday, January 21, 2011

LATIHAN BOLING MALAM INI JUMAAT 8.30 pm

Latihan bowling malam ini jam 8.30 malam seperti biasa. Pakaian seperti biasa baju Merah dan seluar Hitam.

Jumpa malam ini.

Wednesday, January 19, 2011

Laporan Evaluation USPTN Kedah







Sesi pemilihan dan pengredan pelatih telah diadakan pada 18 Jan 2011 bertempat di Ampang superbowl Sungai Petani, Kedah bermula jam 8.15 malam dan berakhir jam 9.15 malam.
Seramai 51 peserta telah hadir. Pemilihan itu dilakukan olaeh wakil dari MTBC diketuai oleh En. George Tan, En. Azidi Imram dan En. Jackson Ting. Turut hadir pada sesi pemilihan tersebut Pemangku Ketua Unit USPTN Kedah En. Fairul, Pegawai Penyelaras Boling USPTN Kedah En. Akmal dan Presiden TEnpin Boling Kedah Tengku Zahri.
Pemilihan telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Selepas pemilihan tersebut satu mesyuarat anatara wakil MTBC, Presiden PTBK, usptn Kedah dan Jurulatih telah di adakan.
Maklum balas dari penilai amat positif. Negeri Kedah mempunyai kelompok pemain yang berpotensi dan mempunyai asas permainan boling yang kuat. Keputusan pemilihan akan dimaklumkan nanti melalui hebahan di Pusat Boling, Surat ke Jabatan Pendidikan Negeri dan melalui blog ini.
Latihan secara rasmi akan bermula pada bulan March 2011. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian. Kepada pelatih-pelatih yang bakal terpilih diucapkan tahniah dan kepada yang tidak terpilih sila usaha lagi jangan berputus asa.

Sunday, January 16, 2011

New Picasa Web Albums Activity

Recent Uploads
Jan 14, 2011 12:08:58 PM

Post CommentUnsubscribe from this user.
To share your photos or receive notification when your friends share photos, get your own free Picasa Web Albums account.

Saturday, January 15, 2011

'EVALUATION' UNTUK PROGRAM TAHUN 2011

Selamat Tahun Baru pada semua pelatih, pelajar dan para ibubapa. Rasanya semuanya telah dapat menyesuaikan diri dengan tahun baru ni.

Bagi Program Latihan USPTN Kedah bagi tahun 2011, satu sesi pemilihan akan di jalankan pada tarikh 18 Januari 2011 bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani. Masa Pendaftaran peserta pukul 7.00 malam. Pemilihan akan dilakukan oleh wakil-wakil dari MTBC.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program tahun 2011 digalakkan datang pada pemilihan ini.

Kepada pelatih-pelatih boling USPTN Kedah tahun 2010 diwajibkan hadir pada sesi pemilihan ini. Pakaian para pelatih tahun 2010 adalah baju Hitam dan seluar Hitam. Bagi peserta-peserta baru yang berminat untuk menyertai pemilihan ini pakaian adalah yang bersesuaian dan kemas. Seluar jeans dilarang.

Sekian untuk makluman dan maklumat semua.