Sesi pemilihan dan pengredan pelatih telah diadakan pada 18 Jan 2011 bertempat di Ampang superbowl Sungai Petani, Kedah bermula jam 8.15 malam dan berakhir jam 9.15 malam.
Seramai 51 peserta telah hadir. Pemilihan itu dilakukan olaeh wakil dari MTBC diketuai oleh En. George Tan, En. Azidi Imram dan En. Jackson Ting. Turut hadir pada sesi pemilihan tersebut Pemangku Ketua Unit USPTN Kedah En. Fairul, Pegawai Penyelaras Boling USPTN Kedah En. Akmal dan Presiden TEnpin Boling Kedah Tengku Zahri.
Pemilihan telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Selepas pemilihan tersebut satu mesyuarat anatara wakil MTBC, Presiden PTBK, usptn Kedah dan Jurulatih telah di adakan.
Maklum balas dari penilai amat positif. Negeri Kedah mempunyai kelompok pemain yang berpotensi dan mempunyai asas permainan boling yang kuat. Keputusan pemilihan akan dimaklumkan nanti melalui hebahan di Pusat Boling, Surat ke Jabatan Pendidikan Negeri dan melalui blog ini.
Latihan secara rasmi akan bermula pada bulan March 2011. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian. Kepada pelatih-pelatih yang bakal terpilih diucapkan tahniah dan kepada yang tidak terpilih sila usaha lagi jangan berputus asa.
No comments:
Post a Comment