Selamat Tahun Baru pada semua pelatih, pelajar dan para ibubapa. Rasanya semuanya telah dapat menyesuaikan diri dengan tahun baru ni.
Bagi Program Latihan USPTN Kedah bagi tahun 2011, satu sesi pemilihan akan di jalankan pada tarikh 18 Januari 2011 bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani. Masa Pendaftaran peserta pukul 7.00 malam. Pemilihan akan dilakukan oleh wakil-wakil dari MTBC.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program tahun 2011 digalakkan datang pada pemilihan ini.
Kepada pelatih-pelatih boling USPTN Kedah tahun 2010 diwajibkan hadir pada sesi pemilihan ini. Pakaian para pelatih tahun 2010 adalah baju Hitam dan seluar Hitam. Bagi peserta-peserta baru yang berminat untuk menyertai pemilihan ini pakaian adalah yang bersesuaian dan kemas. Seluar jeans dilarang.
Sekian untuk makluman dan maklumat semua.
Saturday, January 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment