Monday, March 28, 2011
LATIAHAN SELASA
GAMBAR-GAMBAR PEMENANG MSSK 2011 -Sebahagian

Muhammad Amirul Che Amat dengan pingat, sijil dan hadiah yang dimenangi.


Kuselyn - Emas acara keseluruhan Bawah 12 tahun

Ahmad Zulkarnain - Emas acara Master Bawah 15 tahun

Puteri Arfah Attilia dengan sijil dan pingat yang dimenangi

Zulfakree dari daerah Kubang Pasu

Tempat Ke 4 acara bergu Bawah 18 Tahun Lelaki



SPORT EXCEL 2011 - 1st PENANG LEAGUE
Untuk makluman semua pada leg kali ini, pertandingan akan bermula pada hari Sabtu pagi (sila rujuk jadual). Pemain dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran 30 minit sebelum pertandingan bermula. Sila pastikan anda tidak terlewat dari ,asa yang disebutkan.
Untuk pelatih-pelatih USPTN Kedah pakaian hari Sabtu Seluar Cream dan Baju Hitam. Pakaian hari Ahad Seluar Hitam Baju Merah. Sila hebahkan kepada rakan-rakan yang terlibat dengan pertandingan ini.
Selamat berjuang dan berjaya.
Saturday, March 26, 2011
KEJOHANAN TENPIN BOLING MSSK 2011
Sepanjang saya memantau pertandingan ini, dapat dilihat akan peningkatan dan kejayaan hasil program SUKAN TERAS, 5 tahun yang lepas. Boleh dikatakan 90% dari meraka yang layak ke Acara Master kategori bawah 18 tahun adalah datangnya dari program pembangunan Sukan Teras tersebut. Tahniah diucakan sekali lagi kepada mereka yang berjaya.
Kepada Mohammad Amirul Che Amat, tahniah atas kejayaan anda melakukan 'Perfect Game' yang juga merupakan rekod baru MSSK. Beliau juga telah berjaya mengondol pingat Emas bagi acara Perseorangan, Master dan Keseluruhan bagi katagori Lelaki Bawah 18 Tahun. Beliau juga telah mendapat pingat Perak bagi acara Bergu berpasangan dengan Adee Bahry.
Bagi Nor'ain bt Mustaffa tahniah juga diucapkan atas semngat juang yang tinggi yang telah beliau pamerkan. Semangat yang tidak kenal erti menyerah hingga ke penamat ini patut dicontohi oleh semua pelatih-pelatih dan pemain-pemain. Tidak ada yang mustahil.
Kepada Puteri Arfah tahiniah atas kematangan dan peningkatan permainan yang telah ditunjukkan. Ini hanyalah baru permulaan. Masih banyak dan jauh perjalanan yang harus ditempuhi. Walaubagaimana pun tahniah kerana kesabaran yang ditunjukkan selama ini. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan.
Kepada Kuselyn dari Jitra tahniah diucapkan atas kejayaan bagi kategori bawah 12 tahun perempuan. Ini juga menunjukkan usaha dan latihan yang berterusan tanpa mengenal jemu pasti akan membuahkan hasil. Ini menjadi pendorong dan pembakar semanggat bagi anak-anak yang lain di Daerah Kubang Pasu. Tidak lupa kepada Ahmad Zulfikrie dari MRSM Kubang Pasu kerana kejayaan anda. Tunjukkan kepada yang lain sesungguhnya pelajaran dan sukan boleh jalan seiringan.
Kepada Zulkarnain tahniah juga diucakan atas kejayaan mendapat pingat Emas bagi Acara Bergu dan Master bagi kategori Bawah 15 tahun. Mantapkan lagi ketahan dan jati diri anda. Bagi Afiq Fahmee tahniah juga diucapkan kerana memenangi Emas bagi Kategori Bergu Bawah 18 tahun Lelaki berpasangan dengan Alif Imran. Peningkatan yang ditunjukkan amat mengalakkan sekali. Jangan jemu berlatih dan tingkatkan tahap kecergasan anda supaya permainan anda akan lebih cemerlang. Kepada Sabrina tahniah atas kejayaan mendapat pingat Emas bagi Acara Individu dan Bergu kategori Bawah 18 tahun Perempuan. Masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi. Jadikan kejayaan ini sebagai pendorong untuk kejayaan dimasa hadapan.
Kepada Ameera Husna, tahniah diucapakn atas prestasi anda yang cemerlang. Tahniah sekali lagi. Beliau telah berjaya mendapat pingat Emas bagi acara Bergu, Keseluruhan dan Master. Kepada yang berjaya dan nama tidak sempat disebutkan sekali lagi saya mengucapkan tahniah.
Mutu permainan yang ditunjukkan pada pertandingan MSSK 2011 keseluruhannya menunjukkan peningkatan. Tahniah juga diucapkan kepada pihak penganjur yang telah menjayakan kejohanan ini dengan baik sekali, tahniah. Kepada para ibubapa yang hadir dan memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak tahniah di ucakkan. Tanpa sokongan dan bantuan anda semua kejayaan ini tidak mungkin terjadi. Tahiniah juga diucapkan kepada guru-guru dan para jurulatih-jurulatih yang telah mengorbankan masa dan keringat anda.
Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlinat, TAHNIAH.
Jumpa lagi di tahun hadapan.
Wednesday, March 23, 2011
PERTANDINGAN BOLING MSSK 2011
Ini merupakan medan bagi merebut tempat untuk mewakili MSS Kedah ke pertandingan peringkat kebangsaan (MSSM). Cuma satu saya ingin ingatkan disini, semangat kesukanan yang tulin di lupa jangan. Menang dan kalah adat pertandingan, yang penting tunjukan dan pamerkan permainan terbaik masing-masing.
Segala bentuk latihan dan pengorbanan anak-anak semua bakal diterjemahkan di medan pertempuran ini. Setiap balingan itu merupakan perjuangan. Kepada pelatih-pelatih USPTN Kedah selamat maju jaya. Saya akan sentiasa medoakan agar kegemilangan dan kecermerlangan menjadi milik anda semua, amin.
Satu yang ingin saya ingatkan disini kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang keras. Pastikan anda bermain menggunakan kaedah serta teknik yang diajar. Anda hanya perlu berlawan dengan diri anda sendiri. Sekiranya perasaan gemuruh dan kecil diri dapat dihindarkan insyaallah kejayaan menanti anda.
Sekali lagi ingin saya ucapkan SELAMAT BERJAYA di pertandingan tersebut.
Tuesday, March 8, 2011
LATIHAN BOLING
Sekian harap maklum kepada semua pelatih dan ibubapa.
Monday, March 7, 2011
PENDAFTARAN SPORT EXCEL 2011
Pihak MTBC tahun ini telah melaksanakan satu dasar yang lebih tegas dan teratur bagi memudahkan pihak penganjur dan pemain . Mohon kerjasama semua yang terlibat unutk memajukan borang tersebut kepada saya seberapa segera yang boleh.
Sekian untuk makluman semua yang terlibat.
TAHNIAH BAGI MEREKA YANG TERPILIH MEWAKILI KEDAH KE PERTANDINGAN BOLING ANTARA NEGERI 2011
Pertandingan ini merupakan perjuangan bagi memartabatkan sukan boling negeri Kedah di peta Malaysia. Ini merupakan batu loncatan bagi mereka yang terpilih untuk mempamerkan mutu permainan mereka. Tahniah sekali lagi.
Semoga benderan dan lagu negeri Kedah akan sentiasa berkumandang di Megalanes Sunway, insyaallah.
TAHNIAH BAGI MEREKA YANG TELAH TERPILIH BAGI PROGRAM USPTN KEDAH 2011
Surat panggilan bagi mereka yang layak akan diedarkan oleh pihak USPTN Kedah. Saya Jurulatih USPTN Kedah bagi program tahun ini mengalu-alukan kedatangan bagi pelatih-pelatih yang lama dan yang baru.
Saturday, March 5, 2011
Junior Circuit 2011 Bulletin 1
JC Bulletin 1
SPORTEXCEL – NSC – MILO – MTBC JUNIOR CIRCUIT 2011
Procedures for registering and entering the Junior Circuit
1. All bowlers wishing to take part in the Junior Circuit 2011 must first register themselves using the Form MTBCJGREG-1. The form can be collected at MTBC's office or downloaded from the MTBC website.
2. The bowlers must then filled in the form and together with the registration fee of RM30, submitted to the State Representative of the Junior Circuit (JC) who then submits to the MTBC's office. The registration fee is valid for 1 calendar year.
3. Each bowler will then be issued with a unique registration number and will use this number for registration when entering any other circuit legs and will keep this unique number until the bowler retires from the JC.
4. MTBC will appoint JC State Representatives (JCSR) who will administrate the JC matters for the state. All matters relating to the JC will be through the JCSR. The JCSR is to check all bowlers submitted are members of the respective State Tenpin Bowling Associations before submitting to MTBC.
5. Registration for the JC2011 will now close on Wednesday, 16 March 2011 and the entries for the Penang Leg which will be held at Premium Lanes, Penang will close on Monday 21 March 2011.
6. After receiving all entries for each leg, the Tournament Director of the JC will then issue the schedule and lane assignments, 1 week before the particular leg.
7. All trainees of the respective State USPTN program must take part in a minimum of 3 legs of the 6 legs in West Malaysia while the trainees in the East Malaysia USPTN programs must take part in both the East Malaysia legs.
The following persons have been appointed Junior Circuit State Representatives (JCSR) (pending confirmation) and shall administer all affairs with regards to the Junior Circuit in their respective states. Please note that the JCSR is on a volunteering basis.
1. Penang – Mr. Albert Yeoh – 016-4706831 – albert.yeoh@spansion.com
2. Kuala Lumpur – Encik Dzulkarnain Sapian – 016-3765783 – dzkl63@yahoo.com.my
3. Melaka – Puan Nur Hidayah bt Said Ibrahim – 017 – 3859660 – nurhidayahsaidibrahim.usptn@gmail.com
4. Perak – Encik Khairul Faizi Mohd Yusop – 019-5767011 – khairulfaizi67@yahoo.com
5. Johor – Encik Zahari Zahar Yusof – 016-7177961 – zahari.usptn@gmail.com
6. Kelantan – Cik Nor Fadhilah bt Junkipili – 017-9780009 – norfadhilah.usptn@gmail.com
7. Terengganu – tba
8. Kedah – Encik Helmy Sharudin – 012-5206227 – helmysharudin@gmail.com
9. Selangor – Puan Shalin Zulkifli – shalinzulkifli@gamil.com
10. Negri Sembilan – Encik M Rizal Musa – 017-5111153 – mrizal.usptn@gmail.com
11. Pahang – Encik Fariq Shamsuddin – 012-9287077 – farimarz@streamyx.com
12. Sarawak – Mr. Angelo Koay – 016-8973838 – qcb3838@yahoo.com
13. Sabah – Mr. Ricky Loh – 019-8626513