Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Wednesday, March 23, 2011

PERTANDINGAN BOLING MSSK 2011

Kepada semua pelatih serta pemain yang telah berjaya mewakili Daerah masing-masing diucapkan tahniah dan selamat berjuang di Pertandingan boling MSSK 2011 yang bakal diadakan di Pusat Boling Ole Ole Kulim, Kedah.

Ini merupakan medan bagi merebut tempat untuk mewakili MSS Kedah ke pertandingan peringkat kebangsaan (MSSM). Cuma satu saya ingin ingatkan disini, semangat kesukanan yang tulin di lupa jangan. Menang dan kalah adat pertandingan, yang penting tunjukan dan pamerkan permainan terbaik masing-masing.

Segala bentuk latihan dan pengorbanan anak-anak semua bakal diterjemahkan di medan pertempuran ini. Setiap balingan itu merupakan perjuangan. Kepada pelatih-pelatih USPTN Kedah selamat maju jaya. Saya akan sentiasa medoakan agar kegemilangan dan kecermerlangan menjadi milik anda semua, amin.

Satu yang ingin saya ingatkan disini kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang keras. Pastikan anda bermain menggunakan kaedah serta teknik yang diajar. Anda hanya perlu berlawan dengan diri anda sendiri. Sekiranya perasaan gemuruh dan kecil diri dapat dihindarkan insyaallah kejayaan menanti anda.

Sekali lagi ingin saya ucapkan SELAMAT BERJAYA di pertandingan tersebut.

No comments:

Post a Comment