Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Saturday, March 26, 2011

KEJOHANAN TENPIN BOLING MSSK 2011

Tamat sudah pertandingan boling MSSK 2011. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa, teruskan usaha dan lipat gandakan latihan. Ini hanyalah titik permulaan bukan titik penamat.

Sepanjang saya memantau pertandingan ini, dapat dilihat akan peningkatan dan kejayaan hasil program SUKAN TERAS, 5 tahun yang lepas. Boleh dikatakan 90% dari meraka yang layak ke Acara Master kategori bawah 18 tahun adalah datangnya dari program pembangunan Sukan Teras tersebut. Tahniah diucakan sekali lagi kepada mereka yang berjaya.

Kepada Mohammad Amirul Che Amat, tahniah atas kejayaan anda melakukan 'Perfect Game' yang juga merupakan rekod baru MSSK. Beliau juga telah berjaya mengondol pingat Emas bagi acara Perseorangan, Master dan Keseluruhan bagi katagori Lelaki Bawah 18 Tahun. Beliau juga telah mendapat pingat Perak bagi acara Bergu berpasangan dengan Adee Bahry.

Bagi Nor'ain bt Mustaffa tahniah juga diucapkan atas semngat juang yang tinggi yang telah beliau pamerkan. Semangat yang tidak kenal erti menyerah hingga ke penamat ini patut dicontohi oleh semua pelatih-pelatih dan pemain-pemain. Tidak ada yang mustahil.

Kepada Puteri Arfah tahiniah atas kematangan dan peningkatan permainan yang telah ditunjukkan. Ini hanyalah baru permulaan. Masih banyak dan jauh perjalanan yang harus ditempuhi. Walaubagaimana pun tahniah kerana kesabaran yang ditunjukkan selama ini. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan.

Kepada Kuselyn dari Jitra tahniah diucapkan atas kejayaan bagi kategori bawah 12 tahun perempuan. Ini juga menunjukkan usaha dan latihan yang berterusan tanpa mengenal jemu pasti akan membuahkan hasil. Ini menjadi pendorong dan pembakar semanggat bagi anak-anak yang lain di Daerah Kubang Pasu. Tidak lupa kepada Ahmad Zulfikrie dari MRSM Kubang Pasu kerana kejayaan anda. Tunjukkan kepada yang lain sesungguhnya pelajaran dan sukan boleh jalan seiringan.

Kepada Zulkarnain tahniah juga diucakan atas kejayaan mendapat pingat Emas bagi Acara Bergu dan Master bagi kategori Bawah 15 tahun. Mantapkan lagi ketahan dan jati diri anda. Bagi Afiq Fahmee tahniah juga diucapkan kerana memenangi Emas bagi Kategori Bergu Bawah 18 tahun Lelaki berpasangan dengan Alif Imran. Peningkatan yang ditunjukkan amat mengalakkan sekali. Jangan jemu berlatih dan tingkatkan tahap kecergasan anda supaya permainan anda akan lebih cemerlang. Kepada Sabrina tahniah atas kejayaan mendapat pingat Emas bagi Acara Individu dan Bergu kategori Bawah 18 tahun Perempuan. Masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi. Jadikan kejayaan ini sebagai pendorong untuk kejayaan dimasa hadapan.

Kepada Ameera Husna, tahniah diucapakn atas prestasi anda yang cemerlang. Tahniah sekali lagi. Beliau telah berjaya mendapat pingat Emas bagi acara Bergu, Keseluruhan dan Master. Kepada yang berjaya dan nama tidak sempat disebutkan sekali lagi saya mengucapkan tahniah.

Mutu permainan yang ditunjukkan pada pertandingan MSSK 2011 keseluruhannya menunjukkan peningkatan. Tahniah juga diucapkan kepada pihak penganjur yang telah menjayakan kejohanan ini dengan baik sekali, tahniah. Kepada para ibubapa yang hadir dan memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak tahniah di ucakkan. Tanpa sokongan dan bantuan anda semua kejayaan ini tidak mungkin terjadi. Tahiniah juga diucapkan kepada guru-guru dan para jurulatih-jurulatih yang telah mengorbankan masa dan keringat anda.
Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlinat, TAHNIAH.

Jumpa lagi di tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment