Satu sesi pemilihan akan diadakan untuk pemain-pemain remaja bagi mewakili negeri Kedah ke pertandingan Antara Negeri bertempat di Megalanes, Sunway Pyramid pada bulan Januari 2010 nanti.
Pemilihan terbuka kepada semua pemain remaja Negeri Kedah ( kategori lelaki dan perempuan) lahir pada tahun 1989 atau selepas. Seramai 4 pemain Remaja Lelaki dan 4 pemain Remaja Perempuan akan dipilih bagi kejohanan tersebut.
Sesi pemilihan akan diadakan bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani, pada tarikh 28 Disember 2009. Pendaftaran jam 10.00 pagi ( daftar sekali dengan Evaluation ), yuran pertandingan pemilihan RM 50.00 (bermain sebanyak 8 game seorang). Permainan akan bermula sebaik tamat acara Evaluation tersebut.
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan En. Tengku Zahri (Presiden PTBK) atau En. Law (Timbalan Presiden PTBK).
Sekian, untuk makluman semua yang berminat.
Thursday, December 24, 2009
'EVALUATION' UNTUK PROGRAM TAHUN 2010
Untuk makluman kepada semua yang berminat.
Satu sesi pemilihan akan diadakan untuk Program Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah, Majlis Sukan Negara Malaysia tahun 2010.
Program tersebut akan di adakan pada 28 Disember 2009 bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani, Kedah. Pendaftaran pada jam 10.00 pagi. Bayaran yuran RM 10.00 akan dikenakan semasa pendaftaran.
Pakaian semasa pemilihan adalah yang bersesuaian. Seluar jeans dan baju tanpa lengan adalah dilarang. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program 2010 bolehlah menyertai sesi pemilihan tersebut pada tarikh, masa dan tempat seperti yang di atas.
Sekian, harap maklum.

Thursday, August 27, 2009
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDHAN DAN SELAMAT BERPUASA
Sudah lama blog ini menyepi, maaf dipinta ini disebabkan kesibukan tugas harian. Bagaimana dengan perkembangan permainan sekelian? Diharap semua sudah bertambah maju dan jangan lupa masih banyak lagi perkara yang harus dipelajari. Jangan cepat berpuashati dengan apa yang kita telah ada.
Sempena bulan Ramadhan ini saya berserta keluarga mengucapkan Selamat Berpuasa dan Beramal. Semoga amalan kita diberkati. di bulan puasa ini menuntut kita lebih kesabaran untuk lebih maju kehadapan, insyaallah.
Kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki UPSR tahun ini saya serta keluarga mengucapkan selamat berjaya, semoga dapat menjawap peperiksaan dengan tenang.
Selama kita menyepi telah banyak kejayaan telah dicapai oleh pelatih-pelatih USPTN Kedah, antaranya kejayaan Nor Ain Mustaffa menjadi Johan kategori Bawah 12 tahun di Grand Final Sport Excel yang lepas, tahniah diucapkan. Tidak lupa juga buat Ahmad Muaz Mohd Fishol yang telah menduduki tempat ke 2 di pertandingan yang sama bagi kategori 'Boys Open', tahniah. Beliau bagaimana pun telah menunjukan peningkatan yang cemerlang sepanjang Pertandingan Sport Excel 2009 tahun ini, tahniah sekali lagi. Semoga mereka akan lebih berjaya dimasa hadapan.
Sekian dulu buat kali ini, jumpa lagi di masa hadapan.

MWRDEKA KNOCK-OUT SPECIAL
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelatih-pelatih USPTN Kedah.Format pertandingan MQ 8 pin tap dan Final 9 pin tap (Top 16 / Kalah-mati).
Saturday, April 18, 2009
JADUAL LATIHAN USPTN KEDAH TAHUN 2009
Untuk makluman semua pelatih dan ibubapa/Penjaga USPTN Kedah. Jadual latihan adalah seperti berikut:-
PUSAT LATIHAN NEGERI ( Ampang Superbowl Sungai Petani )
SELASA - 8.15 pm
RABU - 5.30 pm
JUMAAT - 5.30 pm
PUSAT LATIHAN DAERAH ( Zon Utara ) - Bayaran sewa lorong sendiri
ISNIN - 8.30 pm
KHAMIS - 8.30 pm
SABTU - 8.30 pm
Sekian harap maklum.
JADUAL BAJU BAGI TAHUN 2009, USPTN KEDAH.
Perhatian untuk semua pelatih USPTN Kedah, jadual baju bagi tahun 2009 adalah seperti berikut:-
BAJU / SELUAR
LATIHAN
AHAD - Hijau / Hitam
ISNIN - Pink / Hitam
SELASA - Hijau / Hitam
RABU - Meron / Cream
KHAMIS - Hijau / Hitam
JUMAAT - Pink / Hitam
SABTU - Meron / Cream
SPORT EXCEL LEG 2009
BAJU / SELUAR
KHAMIS - Pink / Hitam
JUMAAT - Merah (Kolar) / Hitam
SABTU - Hitam (Kolar) / Cream
AHAD - Meron / Cream
PIALA REMAJA PENANG 2009
BAJU / SELUAR
SABTU - Hitam (Kolar) / Cream
Setiap Pelatih diwajibkan memakai pakaian seperti yang tertera diatas. Pelatih yang gagal mematuhi arahan akan dikenakan tindakan.
Sekian, harap maklum.
Tuesday, April 14, 2009
Fwd: SPORT EXCEL KUALA LUMPUR LEG 2009
Nur Syafiqah Ramli dari USPTN Kedah sekali lagi menjadi Johan kategori 'GIRLS GRADED' di Pertandingan tenpin boling 'Sport Excel Kuala Lumpur Leg 2009'.
Sebelum ini Nur Syafiqah Ramli telah menjadi Johan di Sport Excel Perak Leg 2009. Ini merupakan kejayaan kedua berturut-turut yang dimenangi oleh beliau untuk tahun ini.Kami warga USPTN Kedah mengucapkan tahniah kepada beliau serta keluarga.Semoga ini menjadi batu loncatan kepada beliau untuk lebih berjaya dimasa hadapan.
Bagi kategori 'Boys Open', Mohammad Amirul Che Amat telah berjaya mendapat tempat ke 13 di Pusingan ke 2. Walau bagaimanapun hanya senarai 8 teratas sahaja layak untuk ke pusingan akhir.
Kategori 'Girls Open' pula, Tengku Aimi Laily bt. Tengku Zahri telah berjaya mendapat tempat ke 6. Tahniah juga untuk beliau. Bagi kategori Boys Graded pula, Low Wooi Hoon, Adee Bahry dan Ahmad Nabil telah layak ke pusingan ke 2.
Semoga dipusingan seterusnya di Kuantan , Pahang nanti ( 1 hingga 4 Mei 2009 ) pemain Kedah mampu menunjukkan prestasi yang lebih baik, insyaallah.
Bagi mereka yang berjaya sekali diucapkan tahniah.
Subscribe to:
Posts (Atom)