Tenpin Boling, USPTN, Kedah



Tuesday, November 1, 2011

Gambar-Gambar Klinik









KLINIK TENPIN BOLING USPTN KEDAH 2011

Sempena cuti Depavali yang lepas, pihak USPTN Kedah telah mengadakan satu klinik tenpin boling telah diadakan bertempat di Ampang Superbowl, Sungai Petani. Atucara klinik sepeti dibawah;

10.00 am - Pelatih-pelatih USPTN Kedah dan pelatih Jemputan melaporkan diri
10.30 am - taklimat kepada para pelatih, guru pengiring dan ibubapa
10.45 am - Kelas teori
11.15 am - Latihan praktikal atas lorong
1.15 pm - Latihan tamat
1.15pm -2.00pm - Rahat /Makan Tengahari / Sembahyang / Rehat
2.15pm -3.00pm - Ujian Bertulis
3.15pm - Pertandingan Mini sebanyak 3 game
6.00pm - Pertandingan tamat
6.15pm - Acara pemyampaian Hadiah
6.30pm - Klinik tamat dan bersurai

Untuk makluman jemputan kali ini dihadiri oleh Kelab Boling SM Intergrasi Bukit Kayu Hitam seramai 15 pelatih.

Jumlah keseluruhan peserta yang terlibat kali ini seramai 40 pelatih. Klinik ini dikendalikan oleh JPM Helmy Sharudin dan dibantu oleh JSM Puan Azlin Shahar.

Pelatih menujukkan komitmen yang tinggi semasa klinik. Di jangka Kem boling akan datang bakal diadakan di Lumut pada pertengahan bulan Disember 2011 selama 4 hari 3 malam.

Jumpa lagi di kem akan datang
.








Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Saya serta keluarga ingin mengucapkan buat semua umat Islam terutama buat Pelatih-pelatih USTN Kedah di Sungai Petani dan Alor Star, Selamat Hari Raya Aidil Fitridan Maaf Zahir Batin. Semoga raya kali ini disambut dengan penuh kesyukuran, kemeriahan dan dengan penuh keinsafan.

SEKALI LAGI SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Wednesday, August 24, 2011

PENDAFTARAN SPORT EXCEL KUALA LUMPUR LEG 2011

Perhatian kepada semua pelatih-pelatih USPTN Kedah dan semua pemain remaja tenpin boling negeri Kedah, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut bolehlah masukkan Nama, No Pendaftaran Sport Excel dan noKad Pengenalan atau tarikh lahir di ruang 'COMMENTS' sebelum pukul 6.00 petang 28 Ogos 2011. Ini bagi melincinkan perjalanan pendaftaran bagi pertandingan tersebut.

Sekian, harapmaklum. Terima kasih.

LATIHAN BOLING

Perhatian kepada semua pelatih tenpin boling USPTN Kedah, latihan boling akan diadakan pada hari Khamis jam 9.00 mlm bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani.

Sekian harap maklum.

Sunday, July 10, 2011

PENDAFTARAN SPORT EXCEL JOHOR LEG 2011

Perhatian kepada semua pelatih-pelatih USPTN Kedah dan pemain-pemain remaja negeri Kedah, pertandingan tersebut bakal diadakan di Johor Bahru pada 22 hingga 24 Julai 2011. Kepada sesiapa yang berminat untuk memasuki pertandingan ini sila masukkan NAMA. TARIKH LAHIR, NO K/P dan NO DAFTAR diruangan 'Comments'.

Sila masukkan nama dan sebagainya selewat-lewatnya 11 Julai 2011 pukul 11.00 malam. Ini bagi memudahkan kerja saya untuk dihantar ke pihak yang berkenaan. Kersjasam anda sangatlah dihargai.

Terima kasih.

Saturday, July 9, 2011

SKUAD USPTN KEDAH CEMERLANG LAGI DI SPORT EXCEL PAHANG LEG 2011







Pada 1 hingga 3hb Julai 2011 telah diadakan Pertandingan Boling Sport Excel Pahang Leg 2011 bertempat di Megalanes Kuantan, Pahang. Pasukan USPTN Kedah telah menghantar peserta-peserta untuk menyertai pertandingan tersebut.

Skuad USPTN Kedah telah mencapai kejayaan yang cemerlang sekali lagi selepas Sport Excel Perak Leg 2011. Pada pertandingan kali ini, pelatih USPTN Kedah telah menjadi Johan bagi kategori Boys Graded dan Girls Graded.

Bagi kategori Boys Graded Ahmad Zulkarnain b. Ahmad Mazlan telah menjadi Johan. Ini merupakan kejayaan beliau yang ke dua selepas Perak Leg sebelum ini, dimana beliau turut menjadi Johan bagi kategori yang sama. Ini merupakan pencapaian yang cemerlang untuk beliau. Ahmad Nabil telah berjaya mendapat tempat ke 15 dengan purata jatuhan pin 182 (untuk 14 game).

Bagi kategori Girls Graded pula Nur Ameera Husna telah berjaya menjadi Johan. Beliau telah berjaya mempertahankan kedudukan tempat pertama dari pusingan pertama hingga ke acara Step Ladder. Tahniah diucapkan. Puetri Arfah Attilia pula telah menduduki tempat ke 4 setelah tewas dalam pertarungan untuk ke final dalam acara step ladder. Purata jatuhan pin beliau untuk 14 game adalah sebanyak 178 jatuhan pin. Nur Ain bt Mustaffa telah berjaya menduduki tempat ke 7 dan Nur Sabrina pula telah menduduki tempat ke 8.

Bagi Kategori Boys Open pula Adee Bahry telah berjaya menduduki tempat ke 15 dengan purata 183 jatuhan pin. Puteri Nurul Dini pula telah berjaya mendapat tempat ke 4 bagi kategori Girls Under 12.

Bagi yang telah berjaya sekali lagi diucapkan tahniah dan kepada yang kurang menjadi pada pertandingan tersebut, usaha dengan lebih gigih lagi. Jadikan kegagalan hari ini akan menjadi pendorong untuk kejayaan dimasa hadapan, insyaallah.

Semoga kita akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang di Sport Excel Leg J0hor 2011 yang bakal diadakan pada 22 hingga 24 Julai ini. Sekian, terima kasih.

Thursday, June 16, 2011

SOALAN UNTUK PELATIH BOLING USPTN KEDAH

Soalan 1.

Terangkan dengan terperinci bagaimana melakukan perkara berikut?

a) '0' Degree Axist Rotation
b) '45' Degree Axist Rotation
c) '60' Degree Axist Rotation

Soalan 2.

Berapakah berat serta tinggi 'Pin'?

Soalan 3.

Berapakah jarak perkara-perkara berikut?

a) Jarak dari Foul Line hingga Pin pertama.
b) Jarak dari Foul Line hingga Arrow pertama.
c) Jarak Approach Area hingga ke Foul Line

Soalan 4.

Apakah perkara yang melibatkan ' 3 Target System'?

Monday, June 13, 2011

PENDAFTARAN NAMA SPORT EXCEL PAHANG LEG 2011

Untuk makluman dan perhatian semua pelatih USPTN dan pemain-pemain remaja di negeri Kedah, pertandingan Sport Excel Pahang Leg 2011 akan diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2011 bertempat di Megalanes Kuantan, Kuantan, Pahang. Kepada sesiapa yang berminat boleh masukkan nama, no kad pengenalan atau no. sijil lahir serta no. ID pemain (bagi yang sudah berdaftar dengan Sport Excel MTBC sebelumnya) di ruangan ' COMMENT' sebelum 19 Jun 2011. Ini bagi memudahkan urusan di pihak saya. Kerjasama di pihak anda sangat-sangat saya hargai.

Disebabkan maslah yang sering timbul semasa pendaftaran di Cct, Encik George dari MTBC mengarahkan saya untuk mengutip bayaran pendaftaran semasa nama di beri. Di sini ingin saya maklumkan bayaran hendaklah dibuat sebelum saya mendaftarkan senarai nama ke MTBC ( En. George). Sesiapa yang mendaftar nama hendaklah menyerahkan bayaran pendaftaran kepada saya sebelum 19 Jun 2011. Saya boleh dihubungi melalui H/P 012-5206227.

Sekian harap maklum. Terima kasih.

Saturday, May 14, 2011

PENDAFTARAN SPORT EXCEL PERAK LEG 2011

Pertandingan tersebut akan diadakan di Ampang Superbowl Ipoh, Perak bermula 10 hingga 12 Jun 2011.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini mohon supaya majukan nama kepada saya melalui ruang 'COMMENT' dibawah tajuk ini sebelum 28 Mei 2011. Mohon kerjasama dari semua bagi memudahkan urusan pendaftaran.

Sekian harap maklum, terima kasih.

Thursday, May 12, 2011

PENDAFTARAN NAMA SPORT EXCEL PERAK LEG 2011

Untuk makluman semua pemain remaja negeri Kedah yang ingin menyertai pertandingan tersebut, sila majukan nama anda kepada saya ( Helmy Sharudin ) secepat mungkin melalui ruang 'COMMENTS' dibawah tajuk ini. Nama tersebut mestilah dimajukan kepada saya selewat-lewatnya 28 Mei 2011. Bayaran pendaftaran perlu diserahkan kepada saya lewat-lewatnya pada 3 Jun 2011 mengikut kategori yang disertai.

Sekian harap maklum dan terima kasih.

LAPORAN SPORT EXCEL MELAKA LEG 2011

Pertandingan tersebut telah berlangsung pada 6 hingga 8 Mei 2011 yang lepas bertempat di MIBC Melaka. Latihan penyesuaian lorong telah diadakan pada 6 Mei 2011 pada jam 6.00 petang. Latihan ini bertujuan untuk menyesuaikan diri pemain dengan keadaan lorong dan suasana gelanggang MIBC.

Satu taklimat telah diadakan di tempat penginapan pada malam tersebut jam 9.00 malam. Taklimat berkaitan pakaian semasa hari pertandingan serta jadual pertandingan telah diberi kepada semua pemain. Penerangan tentang 'lane play' semasa perlawanan juga telah diberi kepada semua pemain yang hadir. Ini berkaitan keadaan minyak yang akan diguna pakai semasa perlawanan tersebut. Juga ditekankan displin setiap atlet semasa berada di MIBC.

Nur'Ain bt Mustaffa telah berjaya menjadi Johan bagi kategori 'Girls Graded' dam Muhammad Amirul b. Che Amat pula telah berjaya mendapat tempat ke 3 bagi kategori 'Boys Open'. Bagi kategori 'Girls Under 12' pula Puteri Nurul Dini telah berjaya mendapat tempat ke 5. Kpeda yang berjaya diucapkan tahniah semoga di Leg yang akan datang akan lebih menyerlah dan cemerlang.

Adee Bahry 'Boys Open' telah berjaya kepusingan ke 2 dan berjaya mendapat tempat ke 12. Bagi Boys Graded pula Ahmad Nabil juga telah berjaya ke pusingan kedua dan mendapat tempat ke 10, sementara Nur Sabrina 'Girls Graded' juga telah berjaya ke pusingan ke 2 dan mendapat tempat ke 12. Tahniah diucapkan, ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan bagi pemain-pemain dan pasukan USPTN Kedah.

Sekali lagi diucapkan kepada mereka yang berjaya tahniah dan teruskan kecermerlangan anda dan kepada yang kurang berjaya jangan berputus asa tingkatkan usaha, insyaallah kejayaan pasti menjadi milik anda di satu hari nanti. Keikhlasan, displin dan usaha yang berterusan perlu menjadi tunjang dalam perjuangan anda.

Jumpa lagi di Sport Excel Perak Leg 2011.

Wednesday, April 20, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA WARIS DAN ATLET TENPIN BOLING USPTN KEDAH TAHUN 2011

Venue : Ampang Superbowl, Sungai Petani
Tarikh : 25 April, 2011
Masa : 5.00 petang


Adalah di maklumkan bahawa satu perjumpaan bersama Persatuan Tenpin Boling Kedah, waris dan atlet sukan Tenpin Boling di bawah program USPTN Kedah akan di adakan seperti tersebut di atas. Perjumpaan ini adalah bertujuan memperjelaskan berkenaan perlaksanaan program 2011. Oleh yang demikian waris dan atlet adalah di wajibkan hadir. Senarai nama pelajar akan dimaklumkan melalui surat.

Sekian, terima kasih.

Sunday, April 10, 2011

SELAMT BERJAYA KEPADA PEMAIN-PEMAIN MSSK KE MSSM

Kepada pemain MSSK , diucapkan selamat berjuang. Saya mendoakan kejayaan yang gemilang buat anak-anak didik saya yang terpilih ke MSSM di Melaka. Buatlah yang terbaik untuk diri anda, keluarga dan Negeri. Semoga kejayaan yang gemilang menjadi milik anda di sana. Di sini juga teacher(coach) Azlin juga mengucapkan selamat maju jaya.

Sekian.

Monday, April 4, 2011

PROGRAM BOLING DI OLE OLE SUPERBOWL SENTOSA ALOR STAR

Satu program pembangunan boling PTBK dengan kerjasama dari USPTN Kedah Majlis Sukan Negara, telah dibentuk hasil usaha kerja keras dari Presidem PTBK, Tengku Zahri bin Dato' Tengku Mahmood.

Program latihan ini akan dijalankan sebanyak 3 sesi seminggu, setiap sesi 2 jam. Ia akan di ketuai oleh jurulatit Helmy Sharudin dan dibantu oleh Puan Azlin Shahar, Tengku Afnan dan Tengku Zahri sendiri. Program ini terbuka bagi pelajar bawah 15 tahun sahaja.

Satu sesi pemilihan telah dijalankan pada jam 10.00pagi hari Jumaat yang lepas. Sambutan yang diterima sungguh diluar dugaan. Seramai 32 pemain telah dipilih untuk mengikuti program ini. Panel pemilihan terdiri dari En. Helmy, Tengku Zahri dan Puan Azlin. Hasil perbincangan senarai yang dipilih diumumkan selepas selesai sesi pemilihan. Satu penerangan ringkas oleh E. Helmy dan Tengku Zahri telah diberi kepada ibubapa serta pelatih yang terpilih.

Program ini akan dijalankan setiap hari Isnin dan Khamis 6.00 petang hingga 8.00 malam. Pada hari Jumaat jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Semosa program ini bakal melahirkan pemain-pemain yang bermutu serta bakal mewakili Kedah dan Malaysia dimasa hadapan.

Semoga menjadi JUARA DUNIA di satu hari nanti.

Monday, March 28, 2011

LATIAHAN SELASA

Latihan boling akan berjalan sepeti biasa esok malam jam 8.30 malam. Sila hebahkan kepada rakan-rakan. Terima kasih.

GAMBAR-GAMBAR PEMENANG MSSK 2011 -Sebahagian

Disini ada sedikit gambar yang dikirimkan kepada saya semasa penyampaian hadiah MSSK 2011 yang lepas. Kepada yang mempunyai gambar-gambar semasa kejohanan tersebut bolehlah dikirimkan kepada saya melalu email, terima kasih.


Muhammad Amirul Che Amat dengan pingat, sijil dan hadiah yang dimenangi.






Kuselyn - Emas acara keseluruhan Bawah 12 tahun


Ahmad Zulkarnain - Emas acara Master Bawah 15 tahun


Puteri Arfah Attilia dengan sijil dan pingat yang dimenangi


Zulfakree dari daerah Kubang Pasu


Tempat Ke 4 acara bergu Bawah 18 Tahun Lelaki










SPORT EXCEL 2011 - 1st PENANG LEAGUE

Untuk makluman kepada semua pelatih dan pemain yang terlibat, senarai nama dan jadual pertandingan telah dikeluarkan oleh pihak MTBC melalui laman web MTBC. Sila rujuk berkaitan perkara tersebut dilaman web yang dimaksudkan.

Untuk makluman semua pada leg kali ini, pertandingan akan bermula pada hari Sabtu pagi (sila rujuk jadual). Pemain dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran 30 minit sebelum pertandingan bermula. Sila pastikan anda tidak terlewat dari ,asa yang disebutkan.

Untuk pelatih-pelatih USPTN Kedah pakaian hari Sabtu Seluar Cream dan Baju Hitam. Pakaian hari Ahad Seluar Hitam Baju Merah. Sila hebahkan kepada rakan-rakan yang terlibat dengan pertandingan ini.

Selamat berjuang dan berjaya.

Saturday, March 26, 2011

KEJOHANAN TENPIN BOLING MSSK 2011

Tamat sudah pertandingan boling MSSK 2011. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa, teruskan usaha dan lipat gandakan latihan. Ini hanyalah titik permulaan bukan titik penamat.

Sepanjang saya memantau pertandingan ini, dapat dilihat akan peningkatan dan kejayaan hasil program SUKAN TERAS, 5 tahun yang lepas. Boleh dikatakan 90% dari meraka yang layak ke Acara Master kategori bawah 18 tahun adalah datangnya dari program pembangunan Sukan Teras tersebut. Tahniah diucakan sekali lagi kepada mereka yang berjaya.

Kepada Mohammad Amirul Che Amat, tahniah atas kejayaan anda melakukan 'Perfect Game' yang juga merupakan rekod baru MSSK. Beliau juga telah berjaya mengondol pingat Emas bagi acara Perseorangan, Master dan Keseluruhan bagi katagori Lelaki Bawah 18 Tahun. Beliau juga telah mendapat pingat Perak bagi acara Bergu berpasangan dengan Adee Bahry.

Bagi Nor'ain bt Mustaffa tahniah juga diucapkan atas semngat juang yang tinggi yang telah beliau pamerkan. Semangat yang tidak kenal erti menyerah hingga ke penamat ini patut dicontohi oleh semua pelatih-pelatih dan pemain-pemain. Tidak ada yang mustahil.

Kepada Puteri Arfah tahiniah atas kematangan dan peningkatan permainan yang telah ditunjukkan. Ini hanyalah baru permulaan. Masih banyak dan jauh perjalanan yang harus ditempuhi. Walaubagaimana pun tahniah kerana kesabaran yang ditunjukkan selama ini. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan.

Kepada Kuselyn dari Jitra tahniah diucapkan atas kejayaan bagi kategori bawah 12 tahun perempuan. Ini juga menunjukkan usaha dan latihan yang berterusan tanpa mengenal jemu pasti akan membuahkan hasil. Ini menjadi pendorong dan pembakar semanggat bagi anak-anak yang lain di Daerah Kubang Pasu. Tidak lupa kepada Ahmad Zulfikrie dari MRSM Kubang Pasu kerana kejayaan anda. Tunjukkan kepada yang lain sesungguhnya pelajaran dan sukan boleh jalan seiringan.

Kepada Zulkarnain tahniah juga diucakan atas kejayaan mendapat pingat Emas bagi Acara Bergu dan Master bagi kategori Bawah 15 tahun. Mantapkan lagi ketahan dan jati diri anda. Bagi Afiq Fahmee tahniah juga diucapkan kerana memenangi Emas bagi Kategori Bergu Bawah 18 tahun Lelaki berpasangan dengan Alif Imran. Peningkatan yang ditunjukkan amat mengalakkan sekali. Jangan jemu berlatih dan tingkatkan tahap kecergasan anda supaya permainan anda akan lebih cemerlang. Kepada Sabrina tahniah atas kejayaan mendapat pingat Emas bagi Acara Individu dan Bergu kategori Bawah 18 tahun Perempuan. Masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi. Jadikan kejayaan ini sebagai pendorong untuk kejayaan dimasa hadapan.

Kepada Ameera Husna, tahniah diucapakn atas prestasi anda yang cemerlang. Tahniah sekali lagi. Beliau telah berjaya mendapat pingat Emas bagi acara Bergu, Keseluruhan dan Master. Kepada yang berjaya dan nama tidak sempat disebutkan sekali lagi saya mengucapkan tahniah.

Mutu permainan yang ditunjukkan pada pertandingan MSSK 2011 keseluruhannya menunjukkan peningkatan. Tahniah juga diucapkan kepada pihak penganjur yang telah menjayakan kejohanan ini dengan baik sekali, tahniah. Kepada para ibubapa yang hadir dan memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak tahniah di ucakkan. Tanpa sokongan dan bantuan anda semua kejayaan ini tidak mungkin terjadi. Tahiniah juga diucapkan kepada guru-guru dan para jurulatih-jurulatih yang telah mengorbankan masa dan keringat anda.
Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlinat, TAHNIAH.

Jumpa lagi di tahun hadapan.

Wednesday, March 23, 2011

PERTANDINGAN BOLING MSSK 2011

Kepada semua pelatih serta pemain yang telah berjaya mewakili Daerah masing-masing diucapkan tahniah dan selamat berjuang di Pertandingan boling MSSK 2011 yang bakal diadakan di Pusat Boling Ole Ole Kulim, Kedah.

Ini merupakan medan bagi merebut tempat untuk mewakili MSS Kedah ke pertandingan peringkat kebangsaan (MSSM). Cuma satu saya ingin ingatkan disini, semangat kesukanan yang tulin di lupa jangan. Menang dan kalah adat pertandingan, yang penting tunjukan dan pamerkan permainan terbaik masing-masing.

Segala bentuk latihan dan pengorbanan anak-anak semua bakal diterjemahkan di medan pertempuran ini. Setiap balingan itu merupakan perjuangan. Kepada pelatih-pelatih USPTN Kedah selamat maju jaya. Saya akan sentiasa medoakan agar kegemilangan dan kecermerlangan menjadi milik anda semua, amin.

Satu yang ingin saya ingatkan disini kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang keras. Pastikan anda bermain menggunakan kaedah serta teknik yang diajar. Anda hanya perlu berlawan dengan diri anda sendiri. Sekiranya perasaan gemuruh dan kecil diri dapat dihindarkan insyaallah kejayaan menanti anda.

Sekali lagi ingin saya ucapkan SELAMAT BERJAYA di pertandingan tersebut.

Tuesday, March 8, 2011

LATIHAN BOLING

Latihan boling seperti biasa jam 8.30mlm (Selasa). Pakaian seperti biasa. Bawak sekali nota sparing system. Latihan kali ini lebih tertumpu kepada sparing sistem dan lane play.

Sekian harap maklum kepada semua pelatih dan ibubapa.

Monday, March 7, 2011

PENDAFTARAN SPORT EXCEL 2011

Untuk makluman semua yang terlibat, saya mohon untuk mengisi dan memberi borang pendaftaran tersebut seberapa segera yang boleh. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kesukaran dimasa hadapan.

Pihak MTBC tahun ini telah melaksanakan satu dasar yang lebih tegas dan teratur bagi memudahkan pihak penganjur dan pemain . Mohon kerjasama semua yang terlibat unutk memajukan borang tersebut kepada saya seberapa segera yang boleh.

Sekian untuk makluman semua yang terlibat.

TAHNIAH BAGI MEREKA YANG TERPILIH MEWAKILI KEDAH KE PERTANDINGAN BOLING ANTARA NEGERI 2011

Kepada semua pelatih-pelatih dan mereka yang telah terpilih ke Pertandingan Boling Antara Negeri 2011, di ucapkan tahniah. Semoga membawa bndera negeri Kedah dengan hati yang bangga dan penuh keinsafan.

Pertandingan ini merupakan perjuangan bagi memartabatkan sukan boling negeri Kedah di peta Malaysia. Ini merupakan batu loncatan bagi mereka yang terpilih untuk mempamerkan mutu permainan mereka. Tahniah sekali lagi.

Semoga benderan dan lagu negeri Kedah akan sentiasa berkumandang di Megalanes Sunway, insyaallah.

TAHNIAH BAGI MEREKA YANG TELAH TERPILIH BAGI PROGRAM USPTN KEDAH 2011

Kepada bakal-bakal pelatih bagi program 2011, tahniah diucapkan kepada mereka yang telah terpilih. Walaupun sudah terpilih tidak bererti perjalanan anda sudah tamat. Ini hanyalah satu permulaan teruskan melangkah dan tingkatkan lagi usaha anda. Tahniah sekali lagi.

Surat panggilan bagi mereka yang layak akan diedarkan oleh pihak USPTN Kedah. Saya Jurulatih USPTN Kedah bagi program tahun ini mengalu-alukan kedatangan bagi pelatih-pelatih yang lama dan yang baru.

Saturday, March 5, 2011

Junior Circuit 2011 Bulletin 1

JC Bulletin 1

SPORTEXCEL – NSC – MILO – MTBC JUNIOR CIRCUIT 2011

Procedures for registering and entering the Junior Circuit

1. All bowlers wishing to take part in the Junior Circuit 2011 must first register themselves using the Form MTBCJGREG-1. The form can be collected at MTBC's office or downloaded from the MTBC website.


2. The bowlers must then filled in the form and together with the registration fee of RM30, submitted to the State Representative of the Junior Circuit (JC) who then submits to the MTBC's office. The registration fee is valid for 1 calendar year.


3. Each bowler will then be issued with a unique registration number and will use this number for registration when entering any other circuit legs and will keep this unique number until the bowler retires from the JC.


4. MTBC will appoint JC State Representatives (JCSR) who will administrate the JC matters for the state. All matters relating to the JC will be through the JCSR. The JCSR is to check all bowlers submitted are members of the respective State Tenpin Bowling Associations before submitting to MTBC.


5. Registration for the JC2011 will now close on Wednesday, 16 March 2011 and the entries for the Penang Leg which will be held at Premium Lanes, Penang will close on Monday 21 March 2011.


6. After receiving all entries for each leg, the Tournament Director of the JC will then issue the schedule and lane assignments, 1 week before the particular leg.


7. All trainees of the respective State USPTN program must take part in a minimum of 3 legs of the 6 legs in West Malaysia while the trainees in the East Malaysia USPTN programs must take part in both the East Malaysia legs.


The following persons have been appointed Junior Circuit State Representatives (JCSR) (pending confirmation) and shall administer all affairs with regards to the Junior Circuit in their respective states. Please note that the JCSR is on a volunteering basis.


1. Penang – Mr. Albert Yeoh – 016-4706831 – albert.yeoh@spansion.com

2. Kuala Lumpur – Encik Dzulkarnain Sapian – 016-3765783 – dzkl63@yahoo.com.my

3. Melaka – Puan Nur Hidayah bt Said Ibrahim – 017 – 3859660 – nurhidayahsaidibrahim.usptn@gmail.com

4. Perak – Encik Khairul Faizi Mohd Yusop – 019-5767011 – khairulfaizi67@yahoo.com

5. Johor – Encik Zahari Zahar Yusof – 016-7177961 – zahari.usptn@gmail.com

6. Kelantan – Cik Nor Fadhilah bt Junkipili – 017-9780009 – norfadhilah.usptn@gmail.com

7. Terengganu – tba

8. Kedah – Encik Helmy Sharudin – 012-5206227 – helmysharudin@gmail.com

9. Selangor – Puan Shalin Zulkifli – shalinzulkifli@gamil.com

10. Negri Sembilan – Encik M Rizal Musa – 017-5111153 – mrizal.usptn@gmail.com

11. Pahang – Encik Fariq Shamsuddin – 012-9287077 – farimarz@streamyx.com

12. Sarawak – Mr. Angelo Koay – 016-8973838 – qcb3838@yahoo.com

13. Sabah – Mr. Ricky Loh – 019-8626513


Thank you & have a nice day
George Tan


Wednesday, February 9, 2011

Laporan Prestasi Latihan

Malam tadi satu latihan boling telah berjalan dengan lancar di Ampang Superbowl Sg. Petani. Pelatih-pelatih telah menunjukkan peningkatan dari segi teknik release bola. Syabas kepada semua.

Sebelum saya terlupa saya rasa belum terlewat untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Mohamad Amirul bin Cik Amat yang telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan Graded di Park Avenue. Pencapaian beliau ini semoga menjadi pendorong dan pembakar semagat kepada yang lain untuk terus berusaha bagi meningkatkan mutu permainan masing-masing. Usaha, komitmen dan displin yang dimiliki beliau menjadikan beliau seorang pemain yang semakin mantap. Budaya menghormati ibubapa, guru dan rakan juga menjadi intipati kejayaan beliau. Ini hanyalah langkah permualaan masih banyak kejayaan menanti jika sikap-sikap ini terus diamalkan. Tahiniah sekali lagi.

Saya amat berharap agar pelatih-pelatih yang lain terus berusaha bagi memburu kejayaan. Saya akan sentiasa menyokong dan akan terus mencurahkan ilmu demi memajukan sukan boling ini. Tidak ada jalan pintas untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Usaha keras dan displin yang tinggi dituntut jika ingi mencapai kejayaan.

Kita mesti berani untuk berubah dan berkorban untuk mecapai kejayaan. Mengambil risiko merupakan perkara yang perlu dilakukan oleh pelatih untuk mencapai kejayaan. Ingat tiada jalan pintas dan mudah bagi mencapai kejayaan.

Sekian dulu untuk kali ini. Selamat maju jaya.

Friday, January 28, 2011

LATIHAN BOLING JUMAAT ( 28 JAN 11 )

Latihan boling akan berjalan seperti biasa pada Jumaat ( 28 Jan 2011 ) jam 8.30mlm. Seluar Hitam dan baju Merah.

Kepada semua pelatih ini merupakan soalan kuiz :-

1. Terangkan '3 Target System'.
2. Apa yang dimaksudkan dengan Exit Point.

Di harap semua pelatih telah bersedia dengan jawapan pada sesi latihan hari Jumaat ini.

Friday, January 21, 2011

LATIHAN BOLING MALAM INI JUMAAT 8.30 pm

Latihan bowling malam ini jam 8.30 malam seperti biasa. Pakaian seperti biasa baju Merah dan seluar Hitam.

Jumpa malam ini.

Wednesday, January 19, 2011

Laporan Evaluation USPTN Kedah







Sesi pemilihan dan pengredan pelatih telah diadakan pada 18 Jan 2011 bertempat di Ampang superbowl Sungai Petani, Kedah bermula jam 8.15 malam dan berakhir jam 9.15 malam.
Seramai 51 peserta telah hadir. Pemilihan itu dilakukan olaeh wakil dari MTBC diketuai oleh En. George Tan, En. Azidi Imram dan En. Jackson Ting. Turut hadir pada sesi pemilihan tersebut Pemangku Ketua Unit USPTN Kedah En. Fairul, Pegawai Penyelaras Boling USPTN Kedah En. Akmal dan Presiden TEnpin Boling Kedah Tengku Zahri.
Pemilihan telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Selepas pemilihan tersebut satu mesyuarat anatara wakil MTBC, Presiden PTBK, usptn Kedah dan Jurulatih telah di adakan.
Maklum balas dari penilai amat positif. Negeri Kedah mempunyai kelompok pemain yang berpotensi dan mempunyai asas permainan boling yang kuat. Keputusan pemilihan akan dimaklumkan nanti melalui hebahan di Pusat Boling, Surat ke Jabatan Pendidikan Negeri dan melalui blog ini.
Latihan secara rasmi akan bermula pada bulan March 2011. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian. Kepada pelatih-pelatih yang bakal terpilih diucapkan tahniah dan kepada yang tidak terpilih sila usaha lagi jangan berputus asa.

Sunday, January 16, 2011

New Picasa Web Albums Activity

Recent Uploads
Jan 14, 2011 12:08:58 PM

Post CommentUnsubscribe from this user.
To share your photos or receive notification when your friends share photos, get your own free Picasa Web Albums account.

Saturday, January 15, 2011

'EVALUATION' UNTUK PROGRAM TAHUN 2011

Selamat Tahun Baru pada semua pelatih, pelajar dan para ibubapa. Rasanya semuanya telah dapat menyesuaikan diri dengan tahun baru ni.

Bagi Program Latihan USPTN Kedah bagi tahun 2011, satu sesi pemilihan akan di jalankan pada tarikh 18 Januari 2011 bertempat di Ampang Superbowl Sungai Petani. Masa Pendaftaran peserta pukul 7.00 malam. Pemilihan akan dilakukan oleh wakil-wakil dari MTBC.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program tahun 2011 digalakkan datang pada pemilihan ini.

Kepada pelatih-pelatih boling USPTN Kedah tahun 2010 diwajibkan hadir pada sesi pemilihan ini. Pakaian para pelatih tahun 2010 adalah baju Hitam dan seluar Hitam. Bagi peserta-peserta baru yang berminat untuk menyertai pemilihan ini pakaian adalah yang bersesuaian dan kemas. Seluar jeans dilarang.

Sekian untuk makluman dan maklumat semua.